Categories: Hiburan

Terima kasih madu ajak saya, bimbing saya, pendedahan Zarina Zainuddin

Pelakon Zarina Zainuddin kini telah berangkat ke kota suci untuk menunaikan umrah. Dan Zarina Zainuddin telah bercerita bahawa dia ke sana atas jemputan madunya iaitu Datin Seri Hajah Norhasimah. Perkongsian ini dibuat oleh Zarina melalui laman IG miliknya.

Baca caption dari Zarina di ruangan IG miliknya: “Sy nak ambil kesempatan ini untuk minta ampun dan maaf daripada hujung rambut hinggalah ke hujung kaki. Sy dengan madu saya, iaitu Datin Seri Hajah Norhasimah, ibu saya iaitu Zahura dan anak saya iaitu Muhammad Raizal Azrai akan pergi ke Mekah utk tunaik ibadah umrah. Doakan perjalanan kami selamat pergi dan balik serta dapat umrah yg mabrur”

“Bersyukur dijemput ke rumahmu. Terima kasih madu sy sebab ajak sy pergi serta membimbing sy fardhu dan juga rukun umrah. Ini termasuk juga solat sunat sepanjang di kota suci.

“Bahagia teramat sy rasa sebabnya sy ditemukan olehNya dengan insan yg amat baik hati dan telah bimbing kami sekeluarga ke arah kebaikkan

“Sememangnya dunia sementara ini amat banyak ujian dariNya, maka tempuhlah ianya dgn tabah serta redhalah apa yg berlaku.

“Sy akan sampai salam anda kpd Baginda. Semalam dapat solat kat raudhah walaupun amat ramai yg tolak menolak sebab semuanya nak solat kat bahagian depan raudhah. Kena rebutlah peluang sementara ada kat sini.”

Diruangan komen, rata peminat dan follower mendoakan yang baik-baik buat Zarina Zainuddin sekeluarga dalam mengerjakan ibadah umrah itu.

Ramai juga yang memuji madu kepada Zarina dan melabelnya sebagai individu yang amat penyayang serta seorang yang amat baik.

Zarina Zainuddin ketika ini dikenali ramai dengan menjual makanan iaitu pulut rendangnya yang dikatakan amat sedap dan lazat.

Recent Posts

Lana Nodin dakwa DG Noor Hisham berlakon sedih, minta letak jawatan

Penyanyi popular tanah air, Lana Nodin nampaknya amat lantang bersuara, dan kali ini telah memberi pandangan yang amat keras kepada…

8 hours ago

Caprice rasa amat sunyi

Nama Caprice kini memang panas setelah dikaitkan isu dengan Ustaz Ebit Lew. Semuanya bermula setelah mereka terlibat dengan satu misi…

13 hours ago

“Sejadah nipis, sakit lutut dan dahi” Eyra Hazali beri honest review

Pelakon drama Mr Grey, Eyra Hazali secara tiba-tiba trending namanya di laman Twitter. Rupanya ini kerana Eyra Hazali telah memberi…

16 hours ago

Nabila Huda ganti Awal Ashaari dan Janna, Amyra Rosli ganti Mira Filzah

Sudah sah bahawa Awal Ashaari dan Janna Nick bukan lagi host rancangan Melodi TV3. Hari ini merupakan episode terakhir Awal…

1 day ago

Awal Ashaari dihentikan sebagai host Melodi, diberi notis dua minggu

Awal Ashaari mengesahkan minggu ini merupakan rakaman terakhirnya dalam rancangan Melodi TV3. Pengacara berpengalaman ini ada membuat satu kenyataan kepada…

2 days ago

Caprice upload video peluk Ustaz Ebit Lew, tak ada tepis tangan

Melalui sesi live yang dibuat oleh Ustaz Ebit Lew, antara kisah yang diceritakan ialah tentang perjumpaan dengan Caprice di hotel…

3 days ago

This website uses cookies.