“Terjadi sesuatu membelenggu maka tiada restu” Luahan ibu Hannah Delisha

6,133 views

Sebelum ini ramai yang terkejut dengan berita pernikahan pelakon jelita dari negara jiran iaitu Hannah Delisha dengan Imam Shah.

Rupanya mereka dikatakan dah lama bercinta namun tidak menghebahkan hubungan mereka secara terbuka.

Hari ini sekali lagi ramai yang terkejut apabila ada kisah mengatakan bahawa ibu kepada Hannah Delisha ini tak memberi restu perkahwinan anaknya itu.

Melalui laporan mStar, ada sumber memberi pengesahan berkenaan isu ini. Ini komen dari sumber berkenaan.

“Perkahwinan mereka tak dapat restu dari ibu. Itu saja yang saya boleh saya cakapkan. Yang lebih tu, silalah tanya pada tuan punya badan”

Kemudian dikatakan pihak media ada hubungi Noor Ashikin, ibu kepada Hannah Delisha dan meminta pihak media merujuk tulisannya di laman IG.

Ya benar, saya ibu merupakan kandungnya, dan itu benar Instagram saya. Maaf saya tak mahu komen berkenaan hal berkenaan, boleh rujuk di Instagram saya itu.”

Jika melihat Instagram milik Noor Ashikin iaitu Kakcikwujudku, ada beberapa luahan hati yang dinukilkan oleh ibu Hannah Delisha ini.

Yang paling mendapat perhatian di tulisan berkenaan ialah hashtag yang ditulis diakhirnya iaitu ibu tak restu.

Kalau dibaca, memang ada hint yang diberi mengatakan perkahwinan dibuat tanpa persetujuan dari pihak ibunya.

Ibu kepada Hannah Delisha, Noor Ashikin merupakan penyanyi Singapura sekitar tahun 80an. Ashikin berkahwin dengan jejaka dari England iaitu Peter Blackburne dan mereka dikurniakan seorang anak dinamakan Hannah Adlina.

Pada tarikh 18 Februari yang lepas, Hannah Delisha telah mengesahkan pernikahannya dengan pelakon dari Singapore bernama Imam Shah. Mereka sudah berkahwin lebih kurang 5 tahun lamanya.

Sehingga kini tiada penjelasan lanjut dari pihak Hannah Delisha berkenaan isu ini.