TERKINI: Janna Nick disahkan hidap Bipolar Disorder

4,054 views

Janna Nick telah buat satu pendedahan dan juga pengumuman yang agak mengejutkan ramai pada hari ini, 22 April 2021.

Pelakon, pengacar dan penyanyi ini akhirnya mengakui dirinya telah disahkan menghidap bipolar disorder.

Janna Nick mengatakan dia sejak dari kecil sudah mempunyai beberapa symptom, dan turut akui ada terdengar suara dalaman.

Pengakuan oleh Janna Nick itu dibuat melalui laman Ig miliknya. Ini antara intipatinya.

Janna Akui dia kini sedang mengambil ubat-ubatan untuk merawat penyakitnya itu. Pelakon ini mengesahkan bahawa dia sering mendengar beberapa suara dalaman sebanyak dua tiga yang berbeza. Setelah ambil ubat suara itu hilang.

“Saya sedang dalam rawatan, ambil ubat. Baru saya tahu cara orang normal berfikir. Saya ingat ada suara sebanyak 3, 4 itu adalah normal. Saya selalu berdikusi dengan suara ini seperti satu group.”

Pada umur 8 tahun, dan juga 14 tahun, pengacara rancangan Melodi ini akui ada berfitkit dan telah cuba mengambil nyawa sendiri.  

“Kehidupan saya masa kecil amat berbeza dengan kawan saya. Saya ada cuan nak akhiri hidup ini dengan telan Panadol. Percubaan kedua saya lakukan ketika exam PMR, di depan adik saya sendiri.”

Melalui pendedahan berkenaan, Janna Nick juga ada bercerita tentang kisahnya yang tidak mempunyai keluarga yang sempurna.

“Saya sekolah di asrama, dan setiap hujung minggu, saya hanya lihat ibu bapa rakan-rakan datang, beri makanan. Saya hanya lihat di tingkap sahaja.”

Dari pengakuan Janna Nick itu, dia mengatakan kini sudah seminggu dia jalani rawatan.

Melihat ruang komen, rata-rata follower dan juga rakan artis menulis komen memberi kata-kata semangat kepada Janna Nick. Antaranya ialah Diana Danielle, Siti Elizad, Nazim Othman, Eyka Farhana, Zahirah Macwilson dan Ramona Zamzam.