Categories: News

Tony Spider disahkan sudah tiada, pergi buat selamanya

Ini satu berita terkini yang diterima awal pagi tadi. Telah disahkan bahawa bekas pemain bass kumpulan Spider iaitu Tony Iskandar telahpun pergi buat selamanya apabila menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 2 setengah pagi tadi.

Menerusi laporan Astro Awani, ketika itu, Tony sedang berehat di studio rakaman Luncai Emas yang dimiliki oleh Datuk M Nasir.

Studio rakaman milik seniman itu terletak di Sungai Buloh, Selangor.

Berita tentang pemergian Tony ini mula dikhabarkan oleh seorang pemain gitar kumpulan terkenal iaitu Along dari kumpulan Exist.

Along Exist menulis satu caption mengumumkan hal berkenaan di laman media sosial Instagram miliknya sekitar jam 3 pagi.

Inalillah, Al fatihah buat Tony Iskandar, pemain bass kumpulan Spider telah pun meninggalkan dunia ini. Saya sedang melawat jenazah di Luncai Emas dan menunggu pihak hospital untuk tiba. Semoga semuanya akan dipermudahkan.

Pergi lagi seorang sahabat aku. Al fatihah buatmu wahai Tony. Semoga Allah akan tempatkan dirimu dikalangan orang beriman. Amin.

Salam takziah diucapkan kepada family Tony dan marilah kita sama-sama sedekahkan Al fatihah kepada arwah Tony Iskandar.

Kumpulan Spider ditubuhkan pada tahun 1996 dan merupakan band yang menerima tunjuk ajar serta digilap bakat oleh sifu terkenal, Datuk M Nasir.

Tony bagaimanapun telah mengundurkan diri dari kumpulan Spider.

Spider ketika ini dianggotai oleh penyanyi Tam Spider, pemain guitar iaitu Nafie, pemain drum Aie dan Is sebagai pemain bass menggantikan Tony.

Banyak lagu kumpulan Spider yang telah menjadi hit dan lagu yang pertama menaikkan Spider ialah lagu Mungkinkah Terjadi.

Album kedua berjudul Aladin telah mengubah status kumpulan Spider sebagai antara kumpulan yang terkenal di tanah air. Ketika itu lagu Aladin yang mempunyai lirik gosok jangan tak gosok, menjadi hit. Ianya diikuti dengan lagu Laukku Cukup Masin, dan Kasih Latifah.

Lagu paling popular untuk kumpulan Spider ialah lagu Relaku Pujuk yang berjaya memenangi Anugerah Juara Lagu pada edisi ke 19.

Share

Recent Posts

Elizabeth Tan umum ada autoimmune disease, rambut ada tompok botak

Elizabeth Tan pada hari ini akhirnya mendedahkan bahawa sebenarnya dirinya merupakan antara pesakit autoimmune.  Kesan…

12 hours ago

Nad Zainal jalani proses cucian darah, plasma exchange, dan buah pinggang terjejas

Ini perkembangan terkini tentang pelakon Nad Zainail atau nama penuhnya Farah Nadia Zainal, 32 tahun. …

23 hours ago

Jadi orang terawal beri kenyataan tentang Nad Zainal, ini status hubungan Ungku Ismail

Ramai yang kini mendoakan pelakon Nad Zainal, 32 tahun, yang sedang dirawat dan dipantau di…

2 days ago

“Doktor syak Nad Zainal kena autoimmune disease”

Pelakon Nad Zainal masih lagi kritikal dan sedang berjuang di unit ICU di Hospital Ampang…

2 days ago

Ini kenyataan dari bekas suami Nad Zainal, update keadaan anak-anak

Ramai yang terkesima dengan berita pelakon Nad Zainal yang kini sedang kritikal dan sedang dipantau…

2 days ago

“Nad Zainal sedang kritikal sekarang ini”

Ini perkembangan terkini tentang pelakon Nad Zainal yang dimasukkan ke unit ICU sejak semalam.  Semalam,…

3 days ago

This website uses cookies.