Categories: Hiburan

Ude Wahid tak beri kebenaran, jelas Izreen Azminda

Izreen Azminda antara pelakon yang memang diakui hebat beraksi di depan kamera. Lakonannya memang mantap dan bersahaja. Watak air mata boleh watak kelakar pun boleh. Namun kini agak jarang Nampak wajah Izreen di kaca televisyen.

Rupanya, Izreen Azminda juga rindu nak berlakon namun mendedahkan dia telah menolak banyak tawaran drama rantaian bersiri kerana ianya memerlukan komitmen masa yang lama.

“Saya mengaku amat rindu nak jalani penggambaran dan berlakon. Kalau ikutkan lebih 11 tahun saya jadi pelakon. Memang ada rasa rindu nak kembali aktif macam dulu tapi sekarang ni saya dah ada family, oleh itu ia agak sukar.

“Sebenarnya banyak juga terima tawaran untuk berlakon dalam drama bersiri yang ada episode yang banyak. Dek kerana terlalu panjang, buat masa sekarang ni saya memang tidak dapat nak bagi komitmen sepenuhnya, lagi pula suami pun tak beri kebenaran.

“Suami rasa risau dan takut jika nanti tak ada orang yang boleh jaga anak-anak kami. Lagi pula, saya ni jenis susah nak percaya orang untuk jagakan anak, nak minta tolong ibu, dia pun dah berumur dan tidak larat”.

Itulah penjelasan dari Izreen Azminda kenapa dia tak menerima tawaran berlakon sekarang ni. Kalau ada telefilem, mungkin Izreen Azminda akan terima untuk berlakon.

Dalam pada itu, Izreen sempat menafikan bahawa rumahtangganya sedang dilanda badai ekoran ada yang ternampak pasangan suami isteri ini di mahkamah.

Rupanya, mereka ke sana hanya nak bayar denda rentetan kes poligami tanpa kebenaran sebelum ini.

Diimbas kembali, Izreen dan Ude Wahid yang merupakan seorang pemuzik handal, bernikah pada bulan Ogos tahun 2017. Ianya dibuat secara rahsia tanpa pengetahuan isteri pertama Ude, Intan Liana. Pada bulan Mac tahun 2018, Ude berpisah dengan Intan Liana.

Hasil perkahwinan, Izreen dan Ude dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Aaron Ibrahim.

Share

Recent Posts

Azri Iskandar tukar nama kepada Azri Alexender, anak-anak bersuara tak setuju

Pelakon terkenal Azri Iskandar telah pun membuat satu pengumuman apabila ingin menukar namanya. Azri memilih…

3 hours ago

Anak Shuib berlari, gembira nampak Wan Sharmila

Nama pelakon Wan Sharmila yang lebih mesra disapa Lala dikalangan rakan-rakan, mula jadi sebutan sejak…

2 days ago

Aril kini menganggur, tak ada kerja

Penyanyi dan pengacara Aril Pilus kini akui sudah menganggur dan tak bekerja sejak bulan Ramadan…

4 days ago

“Kalu Zul mesti ada dukung, walhal masa datang set, pelakon wanita pun saya tak salam” ~Zul Ariffin

Zul Ariffin diakui antara pelakon lelaki yang sedang laris ketika ini. Namun kerjayanya seringkali dikaitkan…

4 days ago

“Terima kasih layan mama” Panggil diri mama kepada Wan Sharmila, ibu Shuib beri hint?

Sebelum ini ramai pun tahu ramai yang melihat pelakon Wan Sharmila memang amat sesuai dengan…

4 days ago

“Saya dah fikir masak-masak, semuanya saya tanggung” Elyana mahu fokus jiwa, dan keluarga

Elyana kini sudah tidak lagi bertudungm satu keputusan yang dibuat oleh penyanyi ini setelah muatnaik…

5 days ago

This website uses cookies.