Categories: Hiburan

Umur saya sekarang logiklah untuk kahwin, Neelofa akan kongsi pada semua

Selepas Mira Filzah selamat menemui cinta hati, kini nama Neelofa antara artis popular yang masih lagi single dan belum berpunya.

Secara tiba-tiba, semalam, segalanya semakin hangat diperkatakan setelah tersebar video serta gambar tentang Neelofa kononnya kini sedang kenali hati budi pelakon dan juga pendakwah Pu Riz.

Kehadiran Pu Riz di majlis perkahwinan adik Neelofa mengundang rasa tanda tanya adakah mereka ada apa-apa hubungan, siap sedondon gitu.

Apatah lagi kakak Lofa, Noor Nabila selalu kacau mereka dan seakan beri hint bahawa bagaikan ada sesuatu antara adiknya dan Pu Riz.

Neelofa ada berbicara tentang perkahwinan apatah lagi kini usianya dah masuk 31 tahun, memang dah sesuai untuk mencari pasangan hidup.

Ini komen Neeofa tentang perkahwinan ketika rancangan Next To Neelofa.

“Tentang perkahwinan, untuk saya, memang ada banyak sangat versi cerita dan sebelum ini pun saya ada saja dikaitkan dengan beberapa individu”.

“Apapun, saya tak akan kongsi atau berikan sebarang kenyataan selagi hal perkahwinan ini tak terjadi dalam hidup saya.

“Saya hanya akan share pada semua dan pihak media, sekiranya benda baik ini akan berlaku. Saya gembira untuk share pada semua.

“Sekarang ni, saya hanya boleh minta doa yang baik-baik seperti saya jadi anak yang baik, isteri yang baik, serta temui jodoh yang baik. Itu saja yang saya minta”.

“Tak nak lah orang asyik sangat nak buat bergosip saja, macam-macam. Sebenarnya umur saya ni, memang dah logikl untuk berumahtangga. Relevan juga orang Tanya pasal kahwin kat saya”.

“Tapi kalau diikutkan, maybe saya akan berumahtangga dalam tiga ke empat tahun lagi sebab banyak komitmen yang saya kena settle. Apapun, ia bergantung pada situasi”.

Itulah kenyataan Neelofa tentang bilakah dirinya nak tamat zaman bujang, memang selalu dan ramai yang tanya pada dia soalan ini.

Adakah Pu Riz akan membuka hati Neelofa, kita tunggu sahajalah, kalau jadi, Neelofa sudah pasti akan share khabar gembira ini pada semua.

Share

Recent Posts

Ibu dilabel bibik.. Ini reaksi Anna Jobling

Nama Anna Jobling kini sedang meningkat naik. Pemilik nama sebenarnya, Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul…

3 hours ago

“Mengata orang, nanti balik kat ampa” Ibu Masya Masyitah

Sudah beberapa kali penyanyi remaja, Masya Masyitah tampil dengan gaya atau fesyen yang kurang disenangi…

4 hours ago

“Shila, apahal ko tindik hidung tu”

Antara peserta pilihan untuk rancangan Gegar Vaganza musim ke sembilan ini ialah penyanyi Shila Amzah,…

1 day ago

Kisah misteri wanita lagu viral “Begitu syulit lupakan Rehan”, 16 kali dah hamil

Antara lagu yang terngiang ngiang sekarang berbunyi seperti ini: “Begitu syulit lupakan Rehan, apa lagi Rehan…

1 day ago

Ini penjelasan penuh dari Aprena Manrose tentang berniqab

Ini sedikit cerita dan perkembangan tentang pelakon Aprena Manrose yang juga adik kepada Oktavia Manrose…

2 days ago

“Kami akan cuti tak lama lagi, masa tu saya tak sekat wajah Bilal” Neelofa

Baby Bilal, anak sulung kepada Neelofa dan Pu Riz seringkali jadi tajuk utama media di…

2 days ago

This website uses cookies.