Uqasha Senrose akhirnya mengaku pergi kursus kahwin dengan Kamal Adli

4,654 views

Ramai yang dah tahu tentang hubungan antara dua pelakon ini iaitu Kamal Adli dan juga Uqasha Senrose. Namun mereka berdua ini tak pernah pun secara umum bercerita atau mengesahkan tentang hubungan mereka itu.

Dalam perkembangan terkini, Uqasha Senrose akhirnya akui bahawa dia dan Kamal Adli telah pergi ke kursus kahwin baru-baru ini. Hal ini didedahkan oleh pengarah terkenal, Michael Ang.

Kisahnya dihidu oleh Michael Ang yang ketika ini sedang jalani penggambaran sebuah drama rantaian bersiri.

Kesemua pengarah, pelakon dan krew produksi kini sedang berada di Pahang, untuk jalani penggambaran drama bersiri itu.

Kemudian Michael Ang ada buat video terjah kedua-dua pelakon ini ketika di set penggambaran dan bertanya adakah mereka ada pergi ke kursus berkahwin.

Kamal, Uqasha betul kah hari tu korang dah pergi kursus kahwin? Aku dengar korang dah pergi kursus kahwin kan, mengaku je lah. Korang pergi kursus kahwin eh, sembunyi-sembunyi. Kat mana Perlis Kuantan?

Orang suruh berlakon, korang pergi berkahwin. Siap dengan imam semua aku dengar, betul ke tak betul

Kamal Adli dan juga Uqasha Senrose yang sedang berehat di sofa, tidak menjawab secara terang.

Uqasha ada beri reaksi tersenyum simpul sambil Kamal Adli mula buat-buat busy, menggunakan telefon bimbitnya. Uqasha Senrose kemudian ada berkata: “Mana ada pergi berkahwin”.

Setelah isu ini viral, Kamal Adli ada berkata kepada pihak media bahawa jangan percaya pada Michael Ang. “Jangan percaya. Dia gurau saja tu“.

Kemudian ianya tak terhenti di situ sahaja. Pada malamnya, Michael Ang sekali lagi terjah kedua-dua pasangan ini. “Kamal, orang kata aku buat gimik, cepat lah mengaku

Kamal Adli ketika itu tak layan Michael Ang dan terus keluar dari bilik, hanya ada Uqasha Senrose saja.

Michael Ang mula mendesak Uqasha Senrose. “Betulkan korang pergi kursus kat Kuantan sebab Kamal orang Pahang, Kamal kata sumpah tapi bila cakap demi Allah, dia tak berani

Akhirnya setelah kena desak, Uqasha Senrose pun mengaku. “Pergi kursus je”. “So pergilah, confirm lah, haha kantoi” sambung Michale Ang.

Kedua Kamal Adli dan Uqasha Senrose dikatakan mula rapat ketika jalani penggambaran drama arahan Michael Ang sebelum ini pada tahun lepas. Ramai yang teruja setelah Uqasha akui mereka dah pergi kursus kahwin bersama.