Categories: Hiburan

Ustaz Don minta PU Riz jaga Neelofa baik-baik

Kisah tentang bekas pemenang Bintang Paling Popular tahun 2016 iaitu Noor Neelofa akan akhiri zaman bujang pada minggu ini semakin trending. Sana sini pun orang sedang bercakap tentang hal ini.

Sehinggalah sekarang, masih tiada sebarang pengumuman dari pihak Neelofa mahupun pihak PU Riz tentang majlis pernikahan yang dijangka bakal berlangsung.

Dek kerana itu, makin banyak spekulasi yang dibuat oleh para netizen berkaitan hal ini.

Yang paling terkini, penceramah terkenal tanah air, Ustaz Don Daniyal Biyajid telah menulis sesuatu yang membuat seakan mengiyakan hal ini.

Menerusi laman Ig miliknya, Ustaz Don Daniyal telah membuat satu ucapan khas kepada Neelofa.

Ucapan ini dibuat sempena habisnya rakaman satu rancangan television yang melibatkan Ustaz Don dengan Neelofa dan Nabil Ahmad.

Ustaz Don Daniyal telah menulis ucapan yang merupakan satu doa kepada Neelofa yang ada menyatakan agar Neelofa akan menjadi seorang isteri yang baik. Malah Ustaz Don turut menyebut nama Pu Riz agar menjaga Neelofa.

Ini caption dari Ustaz Don kepada Neelofa, jom baca.

Kepada Noor Neelofa, saya berdoa untuk hari yang akan datang, supaya akan disatukan dalam keberkatan, serta dihimpunkan dengan orang yang baik-baik, dan juga diberi pilihan itu pilihan yang terbaik.

Semoga Noor Neelofa akan menjadi seorang isteri yang solehah, dan kepada PU Riz jagalah perhiasan dunia yang baik yang Allah beri ini.

Walaupun Neelofa dan PU Riz masih lagi mengambil pendekatan untuk berdia diri dari membuat sebarang kenyataan, memang begitu banyak petunjuk yang membawa kepada akan berlangusngnya majlis ini pada minggu ini.

Rakan Neelofa turut dilihat sudah membuat persiapan, selain jari Neelofa sudah memakai inai.

Dari laporan beberapa portal, Neelofa dan PU Riz akan disatukan di sebuah hotel di ibu kota yang diadakan secara tertutup. Semoga segala urusan pasangan ini akan dipermudahkan dan berjalan lancar.

Share

Recent Posts

“Selama ni I menangis pada you” ~Puteri Sarah pada Neelofa.. Lofa antara yang tahu awal

Kisah yang melanda rumah tangga Puteri Sarah Liyana diganggu orang ketiga rupanya dah diketahui oleh…

41 mins ago

“Saya tak mereka-reka cerita” Lufya Omar

Ramai yang bersimpati terhadap pelakon Lufya Omar setelah mendedahkan dirinya dan anak telah alami satu…

3 hours ago

“Memang trend bercinta dengan suami orang eh, ingat dah insaf” ~ Fizi Ali

Nama penyampai radio Suria FM, iaitu Fizi Ali seringkali jadi topic percakapan orang ramai di…

5 hours ago

“Kepada sesiapa penyondol, lepas ni berhati hati” Puteri Sarah Liyana

Kini pelakon Puteri Sarah Liyana dah pun ambil tindakan menyaman wanita bernama Ira Kazar yang…

16 hours ago

“Kau ingat sikit, ni peserta budak” Mas Idayu menjerit, sampai menangis peserta cilik, rupanya lakonan saja

Kini satu rancangan reality melibatkan peserta cilik atau kanak-kanak sedang berlangsung. Rancangan ini ialah Ceria…

20 hours ago

“Saya rasa amat selamat dengan Awie” ~ Erra Fazira

Erra Fazira akan tampil bersama Awie dalam Konsert Awie Romantika yang bakal diadakan di Sabah.…

1 day ago

This website uses cookies.