Categories: Hiburan

Ustazah jelaskan menurut Islam Mira Filzah dah bertunang

Dua hari yang lalu, Mira Filzah ada buat live dengan penceramah agama iaitu ustazah Asma Harun, menerusi satu segmen yang berjudul Bual Bicara Santai Pengorbanan.

Menerusi siaran yang dibuat secara langsung menerusi Facebook dan juga Instagram itu, ustazah Asma ada bertanya secara spontan tentang status Mira Filzah sama ada sudah berpunya atau pun masih single.

Pelakon manis berkenaan dengan jujur akui dia memang dah pun berpunya. Malahan apabila ditanya lanjut, ustazah Asma menyatakan sebenarnya jika dilihat dari sisi agama, Mira Fizah dah pun bertunang kerana telah mendapat perbincangan dan persetujuan antara kedua keluarga.

Ini perbualan penuh antara ustazah dan juga Mira Filzah.

Ustazah telah bertanya: “Sebenarnya Mira dah berpunya?”

Mira Filzah jawab sambil tersenyum: “Iye dah berpunya”

Ustazah: “Dah bertunang ke?”

Mira pada mula terfikir sebelum jawab dan berkata: “Bertunang kiranya hurm, tapi sudah berjumpa sesama keluarga”

Ustazah kemudian menerangkan: “Ok dah berjumpa, tapi kalau dalam Islam, kalau dah ada persetujuan, itu kira dah bertunang lah tu.

Mira Filzah jawab: “Haah ye saya faham”

Ustazah Asma menerangkan lebih lanjut: “Jika dah ada ikatatan perjanjian, persetujuan keluarga, maksudnya Mira dah bertunang menurut Islam. Tapi mungkin dari segi adat sahaja belum lagi. Buat majlis dan sebagainya”

Mira Filzah mengakui dan setuju hal berkenaan dan berkata “betul, betul”.

Ustazah Asma berkata lagi: “Insyallah kita doakan agar Allah permudahkan, mudahan tahun ini juga, tahun 2020 ini, Mira Filzah akan bergelar isteri mendirikan sebuah rumah tangga yang menjadi impian, insyallah, kita sama doakan, amin”.

Mira Filzah yang kini dapun berumur 27 tahun dikhabarkan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan Wan Emir, anak seorang ahli politik tanah air dan majlis mereka berdua pada mulanya dikatakan akan berlangsung sekitar bulan Oktober tahun 2020.

Pelakon ini merupakan antara bintang yang sedang gah namanya di dunia seni Malaysia dan dinobatkan sebagai bintang paling popular pada tahun lepas. Semoga segala urusan Mira Filzah untuntuk bertuanng atau bernikah akan dipermudahkan nanti.

Share

Recent Posts

“Cucuk muka sebab nak nampak elok, untuk kerjaya” Amelina buat muka sebab kerja

Penyanyi yang dikenali dengan genre dangdut iaitu Amelina pernah muatnaik satu video dia buat rawatan…

5 hours ago

“Aku ni tak pantang langsung” Syatilla Melvin

Pasangan pelakon terkenal Shaheizy Sam dan isteri Syatilla Melvin selamat menimang cahaya mata yang ketiga…

8 hours ago

Perkahwinan suami dan isteri pertama memang dah ada masalah ~ Miera Leyana

Miera Leyana, 29 tahun, berkahwin dengan ahli perniagaan, bernama Rosland Othman, 49 tahun dua tahun…

15 hours ago

“Saya pegang kata ulama” Ini respon Amar Asyraf tentang isu dah nikah kali ketiga

Pelakon Amar Asyraf mula jadi sebutan setelah kes pengesahan talak tiga dengan bekas isteri kedua…

18 hours ago

Daiyan Trisha pakai seluar pendek nampak peha, netizen ingatkan kembali tentang umrah

Daiyan Trisha antara beberapa artis yang telah pergi ke tanah suci untuk mengerjakan umrah pada…

1 day ago

Kecoh jadinya, Janna Nick tergolek, terjatuh kebelakang dari kerusinya

Ada satu kejadian yang agak kecoh di sebuah rancangan hiburan terkenal iaitu I Can See…

1 day ago

This website uses cookies.