(Video) Ayda Jebat dedah suami suka pakai baju tidur koyak rabak

3,087 views

Pasangan selebriti pengantin baru iaitu Ayda Jebat dan Nabil Mahir sedang diulit kebahagiaan sebagai pasangan suami isteri yang sah.

Ketika ini, Ayda Jebat dan suaminya itu sedang bercuti berbulan madu atau honeymoon di pulau Langkawi, Kedah.

Sepatutnya mereka ada buat majlis di Langkawi namun ianya terpaksa cancel last minute sebab adanya arahan PKP bermula hari ini.

Oleh itu, pasangan ini ambik keputusan untuk honeymoon di Langkawi.

Ketika bercuti, Ayda Jebat telah ada memberi update tentang aktiviti mereka. Dan yang paling baru, Ayda ada mendedahkan bahawa suaminya itu memakai baju tidur yang koyak rabak.

Ayda Jebat muatnaik video secara tersembunyi dan kemudian menyerbu suaminya secara mengejut untuk menunjukkan pakaian suaminya itu.

Ini caption yang ditulis oleh Ayda Jebat: “Ini bezanya baju tidur honeymoon perempuan dengan baju tidur honeymoon lelaki. Kalau yang isteri punya, semuanya habis nak beli baru, tapi beza dengan lelaki. Be yourself. Baju ke roti kirai ni, cuba tag pasangan korang ada yang macam ni kah?”

Baca komen yang ditulis oleh netizen, rata-rata mengatakan setiap orang ada baju kegemaran mereka untuk berasa selesa.

Ramai yang turut membuka cerita masing-masing tentang pemakaian mereka ketika berada di rumah, yang penting selesa.

Ini komen Ayushanif: “Baju kelawar saya suami cakap baju nak pergi perang ke, berlubang sana sini. Tetapi baju itulah yang paling selalu pakai malam-malam sebab selesa dan tak panas.”

Ada follower bernama Sufimama turut menulis komen: “Aku memang amat suka pakai baju seperti ini. Sekarang dah dua helai, macam jaring dah tshirt lubang. Lagi lusuh lagi sedap.”

Ramai juga menulis komen agar sebagai suami isteri, kena jadi diri sendiri saja. Kesemua mereka terhibur dengan gelagat pasangan suami isteri ini.

Sebelum ini, telah viral juga yang mana Ayda ada cerita bahawa dia rasa bangga setelah suaminya menjadi imamnya dalam solat.