Video: Detik Emma Maembong disatukan semula dengan baby, habis kuarantin

2,358 views

Pelakon Emma Maembong dan suaminya, Shazli diketahui antara yang jalani kuarantine setelah disahkan terkena jangkitan Covid19.

Kini sudah lebih 10 hari kedua pasangan suami isteri ini tak berjumpa anak sulung mereka iaitu baby Shariq Gabriel.

Shariq yang negatif Covid telah diserahkan kepada kakak sulung Emma dan berada dalam jagaan kakaknya itu sepanjang Emma jalani kuarantin.

Akhirnya pada tarikh 21 Januari 2021, Emma Maembong dan suaminya telah menerima khabar yang baik apabila dilepaskan oleh pihak Kementerian Kseihatan Malaysia dari kuarantin.

Sudah tentu perkara pertama yang bermain diminda kedua pasangan suami isteri ini ialah mahu bertemu anaknya itu.

Sebaik sahaja sudah bebas dari kuarantin Covid, Emma Maembong dan Shazli terus pergi ke rumah Cody Maembong, kakak Emma. Memang teruja habis kedua mereka ini.

Sebagai ibu bapa baru, sudah tentu mereka akan rindu dengan anaknya itu yang baru berusia 2 bulan lebih.

Ini video pertemuan Emma Maembong dengan anaknya Shariq Gabriel.

Syukur Alhamdulillah Emma Maembong dan juga Shazli dah sembuh dari jangkitan Covid.

Diimbas kembali, mereka buat swan test sekeluarga setelah Shazli alami gejala dan rasa tak sedap badan.

Ketiga-tiga mereka jalani test berkenaan dan hanya Emma dan Shazli yang positif manakala baby Shariq disahkan negative.

Shariq dihantar dan dijaga oleh Cody Maembong, manakala Beby Maembong memberi susu setiap hari.

Setelah kembali kepada jagaan Emma, Cody ada beberapa kali mesej Emma untuk menghantar Shariq ke rumahnya sekiranya Emma dan suami ada kerja atau busy.

My house consider as your second house la, maid you boleh tidur bawah, bilik kosong. At least bila you pergi kerja penggambaran, tak lah risaukan gabby, barulah boleh fokus, then barulah boleh dapat award.

Emma Maembong hanya tergelak melihat mesej dari kakaknya itu, dan berjanji akan hantar Shariq Gabriel lagi sekiranya dia bekerja.