Categories: Viral

Vokalis kumpulan rock kini ambil upah kutip sampah demi kelangsungan hidup

Kumpulan rock kapak Sejati pernah poipular dengan lagu Bila Bunga Dipetik Orang. Lagu ini sampai sekarang popular dan jika pergi karaoke, seringkali dinyanyikan orang.

Tapi ramai yang tak tahu tentang perkembangan vokalis kumpulan Sejati ni iaitu Yazid Alias.

Pada umur yang sudah mencecah 55 tahun, Yazid kini menampung kehidupannya dengan menambil upah mengutip sampah.

Dek kerana adanya wabak yang sedang melanda dan kekangan dari perintah kawalan pergerakkan, Yazid sudah tidak lagi menerima sebarang undangan nyanyian.

Maka demi kelangsungan hidup, Yazid kini melakukan kerja yang dia mampu lakukan dan paling penting halal demi untuk menampung family.

“Pada setiap hari, start jam 9 pagi, saya akan naik motosikal roda tiga pergi ambil upah kutip sampah di sekitar Kampung Balun.”

“Satu rumah yang memerlukan perkhidmatan saya akan memberi upah sebanyak RM10 untuk setiap bulan. Tapia da juga yang beri lebih jika melihat saya buat dengan bersungguh-sungguh. Permurah hatinya.”

Walaupun pernah popular dan ramai yang kenal sebab lagunya agak popular, namun Yazid berkata dia tak malu dengan kerja yang dibuatnya ini.

“Buat apa saya nak rasa malu angkut sampah sebab ini kan satu kerja halal demi sara keluarga saya. Saya bersyukur sebab ada tubuh yang sihat dan kadangkala semasa cuti, anak lelaki saya juga akan tolong.”

Tentang kerja angkut sampah, selepas buang di tong sampah yang ditetapkan, dia akan bersihkannya dengan hampas kelapa.

“Hampas kelapa ditabur pada pelantar untuk bunag bau tak sedap dan ia juga serap air sampah. Sungguhpun kerja ni saya bergelumang dengan bau sampah yang ramai tak suka, tetapi demi kelangsungan hidup, saya kena buat juga.”

“Saya reda dan bahagia dengan kerja yang saya sedang buat ini. Yang penting saya boleh berdikari cari rezeki.”

Yazid juga sempat menasihati artis zaman sekarang untuk sentiasa membuat simpanan demi masa depan, sebab kita tak tahu bila kita di atas dan bila kita berada di bawah.

Di atas ini lagu kumpulan Sejati nyanyian Yazid yang popular.

Share

Recent Posts

7 Foto: Sweet Qismina selamat bertunang dengan Adam Lee, sepupu Janna Nick

Pelakon cantik dan manis Sweet Qismina kini telah pun selamat bergelar tunangan orang. Sweet Qismina…

1 hour ago

“Soal jodoh, saya belum sedia.. seluruh diri saya hilang” Shuib

Shuib amat terasa dengan kehilangan isteri tercinta, Siti Sarah, yang sudah pergi buat selamanya pada…

9 hours ago

Isteri cerita detik terakhir arwah Mamat Khalid “Dalam kepenatan, tak cukup tidur”

Malaysia telah kehilangan seorang pengarah yang berwibawa dan mempunyai fikiran di luar kotak iaitu Mamat…

11 hours ago

Mamat Khalid pengsan di restoran, kemudian telah disahkan meninggal dunia

Satu berita baru saja diterima yang mana pengarah dan penerbit filem terkenal tanah air iaitu…

18 hours ago

Tak sampai 24 jam kahwin, dah ada pihak buat Fizo Omar naik angin

Belum pun sampai 24 jam selepas bernikah, nampaknya pelakon Fizo Omar telah meluahkan rasa kecewa…

1 day ago

Teruk kena, Shuk nafi larikan diri

Terlibat dengan rancangan bual bicara yang melibatkan Fauzi Nawawi dan Raja Farah, salah seorang pengacaranya…

2 days ago

This website uses cookies.