Categories: Hiburan

Wanita ini akui jadi kekasih Amar Asyraf, kahwin dua

Pelakon yang pernah popular satu masa dulu iaitu Amar Asyraf secara tiba-tiba jadi sebutan pada hari ini. Ini kerana ada satu pendedahan tentang Amar Asyraf yang agak mengejutkan ramai. Dari laporan portal BeautifulNara dan Rotikaya, dikatakan ada seorang wanita mendakwa dia merupakan kekasih kepada Amar Asyraf.

Tatkala nama Amar Asyraf sebagai pelakon dah jarang kita dengar dan tonton di televisyen, hari ini, Amar Asyraf jadi buah mulut orang ramai kerana satu entry di laman IG yang menyatakan dia dah pun kahwin dua dan ada hubungan dengan seorang lagi wanita lain.

Perkara ini didedahkan sendiri oleh Ellika Azman, seorang wanita yang mengakui dirinya telah menjalin hubungan dengan Amar Asyraf. Mereka mula jalin hubungan percintaan bermula pada bulan September tahun 2018.

Wanita ini mendedahkan bahawa dia tahu bahawa Amar dah beristeri tetapi pelakon ini sering mesej dengannya dan luah perasaan sehingga akhirnya berjaya membuatkan dirinya cair dengan Amar.

Ellika Azman berkata, Amar Asyraf dilihat amat serius ketika jalin hubungan dengannya sehingga dia jumpa dengan keluarganya untuk minta restu. Sememangnya ianya terus membuatkan Ellika Azman jatuh cinta padanya.

Hubungan mereka semakin serius dan pelakon ini dikatakan ada buat rancangan nak bernikah dengan Ellika Azman.

Kalau nak tahu, Amar Asyraf sudah pun mendirikan rumah tangga dengan isterinya bernama Arna Salleh pada tahun 2013.

Namun yang mengejutkan, Ellika Azman mendakwa bahawa Amar Asyraf sebenarnya mempunyai dua orang isteri, ada isteri lain selain Arna. Malah katanya, Amar seperti tak bertanggungjawab dengan perkahwinan keduanya itu. Memang ramai yang terkejut dengan pendedahan dari Ellika Azman ini.

Baca pendedahan dari Ellika Azman ini:

Dalam pada itu, wanita ini menjelaskan dia sebenarnya berasa terkejut apabila dapat tahu tentang kisah perkahwinan kedua Amar Asyraf. Namun dia memberitahu, dia buat keputusan untuk dedahkan hal ini agar tidak ada lagi wanita lain di luar sana yang terkena dengan pelakon berkenaan.

Ellika Azman juga berani buat pendedahan ini kerana katanya dia ada bukti dan akan dedahkan sedikit demi sedikit tentang hal ini.

Ramai yang nak tahu apa respon balas Amar Asyraf tentang hal ini. Kita tunggu komen dari pelakon ini nanti.

Share

Recent Posts

Akhirnya Prof Dr Ridhuan Tee bersuara isu video anaknya buat perbuatan tak elok

Sebelum ini ada kisah yang menyatakan tentang anak kepada penceramah terkenal ada buat aksi yang…

4 hours ago

Dilabel memiliki peha besar, Janna Nick terguris perasaan

Janna Nick merupakan antara pelakon yang amat popular di Malaysia ketika ini. Namun dia juga…

8 hours ago

“Cucuk muka sebab nak nampak elok, untuk kerjaya” Amelina buat muka sebab kerja

Penyanyi yang dikenali dengan genre dangdut iaitu Amelina pernah muatnaik satu video dia buat rawatan…

20 hours ago

“Aku ni tak pantang langsung” Syatilla Melvin

Pasangan pelakon terkenal Shaheizy Sam dan isteri Syatilla Melvin selamat menimang cahaya mata yang ketiga…

23 hours ago

Perkahwinan suami dan isteri pertama memang dah ada masalah ~ Miera Leyana

Miera Leyana, 29 tahun, berkahwin dengan ahli perniagaan, bernama Rosland Othman, 49 tahun dua tahun…

1 day ago

“Saya pegang kata ulama” Ini respon Amar Asyraf tentang isu dah nikah kali ketiga

Pelakon Amar Asyraf mula jadi sebutan setelah kes pengesahan talak tiga dengan bekas isteri kedua…

1 day ago

This website uses cookies.