Categories: Hiburan

Tahniah, Zahirah Macwilson selamat bergelar isteri Aiman Hakim Ridza

Bertarikh pada 20 Februari 2020, ianya merupakan detik yang paling indah bagi mengabadikan memori terindah. Ini yang dilakukan oleh pelakon Zahirah MacWilson dan pasangannya Aiman Hakim Ridza yang telah pun selamat begelar suami isteri sebentar tadi.

Pasangan ini telah bernikah dalam acara majlis tertutup bertempat di Petaling Jaya. Pasangan sama cantik sama padan ini sah menjadi suami isteri dengan hanya sekali lafaz.

Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson telah dinikahkan bapa kandung Zahirah sendiri iaitu Zainol Macwilson.

Pihak pengantin menerima mas kahwin RM300 berserta lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang daripada pihak lelaki.

Majlis pernikahan pada malam ini diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh 200 tetamu terdiri daripada keluarga kedua-dua belah pengantin, teman rapat dan juga rakan media.

Tahniah diucapkan buat pasangan pelakon ini ternyata mereka berdua sangat cantik dan sepadan dengan busana serba putih.

Jika sebelum ini mereka dikatakan bertindak berdiam diri dan tidaj mahu memberikan sebarang komen tentang tarikh pernikahan mereka namun akhirnya pada tarikh ini termetrai ikatan cinta diantara mereka berdua.

Awal detik perkenalan di antara Aiman dan Zahirah adalah sekitar empat tahun lepas namun mereka mula rapat di antara satu sama lain sejak pada November 2018.

Aiman yang kini berusia 31 tahun manakala Zahirah pula berusia 25 tahun. Hubungan cinta mereka telah pun mendapat persetujuan daripada pihak keluarga masing-masing dimana mereka telah pun bertunang pada bulan Jun 2019 di Australia.

Menurut pasangan ini mereka sudah nekad dan sudah mengenali di antara satu sama lain dan memutuskan untuk mengikat ikatan perkahwinan dengan segera.

Menurut Aiman lagi dia memberitahu bahawa kehadiran Zahirah dalam hidupnya merupakan satu anugerah yang sangat besar dimana dia selalu menantikannya.

Ini komen Aiman Hakim Ridza: “Syukur, alhamdulillah, saya kini dah pun bergelar suami dan dah mula tanggungjawab saya kepada isteri, keluarga dan keluarga isteri saya.

“Saya harap semua pihak dapat doa yang terbaik buat ikatan pernikahan kami ini dan semoga pernikahan ini akan kekal sehingga ke jannah”

Kata Zahirah pula, dia berasa bersyukur kerana keluarganya merestui perkahwinanya kerana mahu berkahwin pada usia sekarang.

Ini kenyataan dari Zahirah: “Alhamdulillah, dah pun sempurna majlis yang saya tunggu. Secara jujur, saya memang amat gemuruh sejak beberapa minggu untuk majlis ini.

“Syukur, semua berjalan lancar dan saya berasa sangat gembira dan sangat bersyukur kepada Allah”

Ternyata pasangan pelakon ini sangat sepadan dan jelas terpancar sinar kebahagian di mata mereka. Tidak dilupakan juga ucapan tahniah buat pelakon Emma Maembong yang juga telah selamat bergelar isteri kepada juruterbang pagi tadi.

Tahniah buat pelakon yang baru sahaja mendirikan rumah tangga pada hari ini. Semoga cepat dapat anak dan berbahagia selalu.

Share

Recent Posts

“Saya pun kena, diminta minum di kelab” Uyaina Arshad

Pelakon yang kini sedang meningkat namanya iaitu Uyaina Arshad ada buat satu pendedahan bahawa ada…

8 hours ago

Tauke Jambu belum beristeri dua, itu semua lakonan semata

Baru-baru ini melalui satu video temubual dengan portal Mstar, Tauke Raja Lawak hadir bersama wanita…

1 day ago

Dugaan buat Ella.. “Hanya family yang tahu keadaan saya ni”

Dalam diam rupanya penyanyi rock terkenal tanah air, Ella Aminuddin, 55 tahun, kini mengalami anxiety…

1 day ago

Tauke akui kahwin dua dengan Shu, dapat izin dari isteri pertama, Nadia

Pelakon dan pelawak Tauke Jambu kini dah menjawab semua soalan tentang kisah perkahwiannnya. Tauke memberi…

2 days ago

“You jangan nangis, ampunkan I..” Ini perbualan terakhir Shuib dan Siti Sarah

“You jangan menangis, daddy jangan sedih ye. Ampunkan dosa-dosa saya tau. Love you.” Itu ungkapan…

2 days ago

Ramai sebak Shuib datang Sepahtu Reunion, buat kejutan pada Jep, Ilya dan Rahim

Rancangan hiburan Sepahtu Reunion Live 2021 telah berlangsung secara live malam tadi. Namun episode kali…

2 days ago

This website uses cookies.