Categories: Hiburan

Zara Zya hangat bercinta dengan Azlee Khairi?

Umum sudah pun tahu akan status pertunangan Zara Zya dengan pasangannya iaitu Hafreez Adam telah pun putus selepas hanya mampu bertahan beberapa bulan sahaja.

Berita itu sememangnya telah menjadi bualan hangat para netizen dan tertanya-tanya mengapa hubungan mereka berdua telah putus, sebelum sempat ke jinjang pelamin.

Kini satu lagi buah mulut yang timbul yang mana telah dikhabarkan bahawa pelakon wanita ini, dikatakan telah pun hangat bercinta dengan seorang pelakon lelaki lain. Pelakon berkenaan ialah Azlee Khairi.

Mereka berdua dikatakan kini sedang sama-sama berlakon dalam sebuah drama berjudul Seadanya Aku. Jadi jika kisah ini benar, makan betullah, ini memang satu lagi kisah cinta lokasi.

Kisah ini lebih meyakinkan lagi apabila Azlee Khairi sempat tulis komen sweet buat Zara Zya di ruangan komen media sosial instagram.

Mulanya Zara Zya menulis dan bertanya secara umum di IG, kalau diberi pilihan, apa yang korang mahu dalam hidup. Ini reply dari Azlee kepada Zara: “Nak hidup dengan awak di luar lokasi

Rata-rata peminat yang melihat komen romantic tersebut telah membuat andaian bahawa mereke berdua sememangnya sedang dalam fasa di lamun cinta.

Dikatakan, kedua-dua pelakon ini memang sudah lama mengenali antara satu sama lain, malah lakonan mereka jadi viral menerusi drama Love You Mr Arrogant pada tahun 2013.

Namun, kebanyakan netizen masih meneka apakah status terkini pelakon lelaki ini kerana dikhabarkan bahawa Azlee sudah pun mendirikan rumah tangga dengan serorang wanita pada tahun 2014 yang lalu.

Tetapi, baru-baru ini timbul pula isu apabila dikatakan bahawa Azlee kini telah kembali single dan oleh kerana itu dia telah pun kembali ke dunia hiburan dan terus aktif dalam bidang lakonan.

Walau bagaimana pun, pelakon lelaki ini enggan memberi sebarang komen serta apa-apa kenyataan berkenaan status terkini tentang dirinya.

Sekiranya Azlee Khairi telah kembali solo seperti yang didakwa sudah pasti tiada masalah yang akan timbul jika dia dan Zara Zya menjalinkan hubungan cinta kerana dua-dua adalah solo.

Ada juga yang mengatakan ini adalah satu gimik sebagai mempromosikan drama lakonan terbaru yang dibintangi oleh mereka berdua.

Kita tunggu sajalah kenyataan dari Zara Zya dan juga Azlee Khairi.

Recent Posts

Itu video lama, Shuk Sahar jelaskan video check in di hotel

Shuk Sahar hari ni naik namanya lagi. Dikaitkan juga dengan wanita yang sama sebelum ini…

4 hours ago

Ini identiti pelakon sertai perhimpunan bendera hitam semalam?

Semalam, pada pagi hari Sabtu, satu perhimpuan telah diadakan di Dataran Merdeka. Perhimpunan bertemakan bendera…

11 hours ago

Siti Nordiana tuntut RM200ribu setiap seorang dari Lan Solo, Syura dan rakan-rakan

Semua pun dah tahu pertelingkahan yang berlaku antara Siti Nordiana dan beberapa rakan termasuk dua…

2 days ago

“Pakcik ni memang sedih, dia luahkan perasaannya..” Puteri Sarah Liyana

Pelakon Puteri Sarah Liyana telah mengambil inisiatif untuk berjumpa dengan pakcik yang viral di video…

3 days ago

“Saya tak kecil hati, betul kata dia tu, saya hanya serah pada Tuhan” Pakcik viral

Video viral seorang usahawan iaitu Carl Samsudin yang didakwa telah menjatuhkan air muka seorang warga…

3 days ago

Penyebar video dikenalpasti, peguam kata tujuannya nak jatuhkan Carl Samsudin

Laman media sosial sedang penuh dengan kisah yang melanda seorang influencer bernama Carl Samsudin ekoran…

4 days ago

This website uses cookies.