Categories: Hiburan

Zarina Anjoulie saman Amyza Aznan, Emelda Rosmila RM4 juta

Kisah melibatkan Zarina Anjoulie dan dua orang pelakon iaitu Amyza Aznan dan Emelda Rosmila boleh dikatakan menjadi lebih serius ekoran tindakan Zarina membuat tindakan susulan dengan tuntut pampasan sejumlah RM4 juta.

Zarina tekad untuk buat tuntutan berkenaan sebab mengatakan bahawa Amyza dan Emelda telahpun buat kenyataan dengan niat nak jatuhkan reputasi dirinya.

Peguam kepada Zarina iaitu Nurul Hafidzah Hassan membuat satu kenyataan tentang hal ini dan telah hantar surut tuntutan kepada kedua pelakon berkenaan secara berasingan pada hari Rabu. Ini komen dari peguam kepada Zarina Anjoulie.

“Zarina telah tuntut permintaan maaf dan pampasan sejumlah RM4 juta sebab jatuhkan reputasinya melalui posting serta komen unsur fitnah ttg dirinya di Telegram dan juga laman media sosial Instagram.

“Secara terperinci, Zarina tuntut RM3 juta dari Amyza Aznan dan sebanyak RM1 juta dari Emelda Rosmila. Zarina juga minta kedua mereka supaya berhenti tulis dan terbitkan sebarang penulisan tentang dirinya.

“Selain hak berkenaan, Zarina meminta agar Amyza Aznan dan Emelda Rosmila buat satu permohonan maaf secara terbuka dan bayar ganti rugi sebab dah rosakkan reputasinya yang membuatkan orang awam rasa kurang suka terhadap Zarina”

Jelas peguam bernama Nurul Hafidzah ini lagi, kenyataan yang ditulis oleh dua pelakon berkenaan berniat tak baik dan dah cemarkan reputasi anak guamnya iaitu Zarina.

Emelda dan Amyza buat komen yang salah, dan memberi gambaran Zarina Anjoulie bagaikan seorang individu yang tak baik kepada orang ramai.

Malah ada juga komen kurang enak yang dilihat seperti mahu memalukan Zarina. Dengan itu, Zarina dan peguamnya akan ambil tindakan undang-undang sekiranya surat tuntutan berkenaan tak dijawab dalam masa tujuh hari.

Itulah perkembangan terkini tentang kes Zarina Anjoulie dan juga dia artis Amyza Aznan dan Emelda Rosmila. Kes mereka jadi bualan ramai apabila telah tersebar skrin paparan perbualan antara beberapa artis di aplikasi telegram yang bercerita tentang pelakon yang dikatakan Zarina Anjoulie.

Share

Recent Posts

Rupanya wanita hamil mengidam Lamborghini ialah adik ipar Ahmad Iqbal

Nama ahli perniagaan Ahmad Iqbal Zulkefli kini sedang berlegar legar di media. Sana sini semua…

2 hours ago

“Kacak sampai menangis, Cik B pula boleh buang saya kalau tak jaga mama” Iqbal

Ahmad Iqbal Zulkefli tampil memberi respon tentang anak-anak Dato Seri Vida setelah mereka ada memberi…

3 hours ago

“Yes RM10k sebulan please” Itu permintaan Kacak

Selepas anak perempuan Datuk Seri Vida iaitu Cik B tampil memberi komen bahawa dia tak…

1 day ago

Shuib bawa anak-anak melawat kubur sempena hari lahir arwah Siti Sarah

Pada hari ini iaitu 15 September, telah jatuh hari kelahiran buat arwah Siti Sarah, isteri…

2 days ago

Alif Satar sound wanita mengata isterinya tak lawa, jarang Alif naik angin

Memang jarang-jarang selebriti Alif Satar ni naik angin dengan netizen tetapi baru-baru ini ianya telah…

2 days ago

Dayah Zubit bukan lagi pengasuh Aafiyah, Siti Nurhaliza dah cari pengganti

Sebelum ini ramai yang kenal degan penjaga atau pengasuh anak Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah iaitu…

2 days ago

This website uses cookies.