Categories: Viral

Ziana Zain dah single tak nak usha ke? Ini jawapan Azwan Ali

Umum tahu bahawa Azwan Ali ni memang menyukai penyanyi hebat Ziana Zain. Malahan sebelum ini Azwan Ali pernah menyatakan dia memang pernah jatuh cinta dengan Ziana Zain sewaktu zaman muda, namun cintanya telah ditolak.

Kali ini Ziana Zain kembali single, makan ramailah yang tertanya, adakah cinta Azwan Ali kepada Ziana Zain akan berputik kembali.

Menerusi satu temubual dengan pancaindera, apabila disebut nama Ziana Zain, Azwan Ali terus menyatakan ianya nama yang dalam list favorite nya.

“Favorite dunia akhirat, bukan Ziana Zain sahaja, tapi satu family. Pak Zain, Cik Rubiah, mak Ziana Zain, lepas tu Anuar Zain dan adik beradik dia yang lain. Saya rasa Pak Zain tu bapa yang berjaya. Anak-anak dia semua berjaya, nama besar”.

“Pak Zain pandai ajar anak supaya horamt orang. Macam Anuar Zain tu, dia pandai bawa diri. Bila jumpa Diva AA, Anuar Zain tu pandai hormati saya”.

“Dengan Ziana Zain, baru je shooting dengan Ziana. I hope persahabatan ini akan sampai bila-bila. Kepada mulut puaka, tolonglah jangan kenenkan saya dengan Ziana, orang kata dia dah single kan tak usha ke?”

“Kau jangan sibuk antara aku dengan Ziana Zain, itu antara aku dengan dia. Mungkin aku akan kahwin dengan dia, pukul 3 pagi. Cari tok kadi, ngap. Jangan sibuk, wartawan ke apa”.

“Saya kenal sebelum zaman Madah Berhelah lagi. Diva AA bangga dengan Ziana Zain sebab dia kekal hebat. Dia lebih umur 50 tahun tapi maintain cantik. Dia ada aura tersendiri”.

“Baru-baru ini ada berdepan dengan Ziana dan bercerita tentang hal personal kita. Saya ada minta maaf sebab hal ni, dia kata tak apa, biar orang nak cakap apa pasal kita. We are very orang kata true sahabat, soal cinta tak timbul dah, saya hormat apa yang dah berlaku kat dia”.

Azwan Ali turut menyatakan dia rindu nak jumpa ibu bapa kepada Ziana iaitu Pak Zain dan Cik Rubiah sebab dah lama tak jumpa, hampir 15 tahun.

Share

Recent Posts

Azri Iskandar tukar nama kepada Azri Alexender, anak-anak bersuara tak setuju

Pelakon terkenal Azri Iskandar telah pun membuat satu pengumuman apabila ingin menukar namanya. Azri memilih…

49 mins ago

Anak Shuib berlari, gembira nampak Wan Sharmila

Nama pelakon Wan Sharmila yang lebih mesra disapa Lala dikalangan rakan-rakan, mula jadi sebutan sejak…

2 days ago

Aril kini menganggur, tak ada kerja

Penyanyi dan pengacara Aril Pilus kini akui sudah menganggur dan tak bekerja sejak bulan Ramadan…

4 days ago

“Kalu Zul mesti ada dukung, walhal masa datang set, pelakon wanita pun saya tak salam” ~Zul Ariffin

Zul Ariffin diakui antara pelakon lelaki yang sedang laris ketika ini. Namun kerjayanya seringkali dikaitkan…

4 days ago

“Terima kasih layan mama” Panggil diri mama kepada Wan Sharmila, ibu Shuib beri hint?

Sebelum ini ramai pun tahu ramai yang melihat pelakon Wan Sharmila memang amat sesuai dengan…

4 days ago

“Saya dah fikir masak-masak, semuanya saya tanggung” Elyana mahu fokus jiwa, dan keluarga

Elyana kini sudah tidak lagi bertudungm satu keputusan yang dibuat oleh penyanyi ini setelah muatnaik…

5 days ago

This website uses cookies.