Pelawak, penyanyi dan pelakon Kumin Ku2 atau nama penuhnya, Khuzami telah pergi buat selamanya hari ini apabila menghembuskan nafas terakhir di rumahnya di Selangor pada umur 49 tahun.
Arwah Kumin disahkan telah pergi buat selamanya tengah hari tadi sekitar jam 12.31 tengah hari.
Dikatakan Kumin telah terjatuh dari katilnya sebelum itu, dan ditemui isterinya.
Dari satu kenyataan, seorang wakil dari persatuan Seniman iaitu Salman Al Farisi memberitahu Kumin berada dalam keadaan yang baik sahaja sebelum dia terjatuh secara tiba-tiba dan kemudian dah tak sedar diri.
“Kami dapat perkhabaran sedih itu baru sahaja sebentar tadi. Kami dalam perjalanan ke rumah sewanya untuk menguruskan jenazah.
“Dengan izinnya, jenazah mungkin akan dikebumikan selepas solat Asar nanti. Semuanya akan maklumkan kemudian”
Rakan baik arwah Kumin iaitu pelakon Yank Kassim berkata isteri arwah ada menelefonnya untuk memberitahu perkhabaran sedih itu.
“Isteri kepada arwah Kumin memberitahu, dia keluar beli barang pagi tadi. Bila pulang ke rumah, dia tengok Kumin dah terbaring di lantai dengan wajahnya kelihatan dah jadi biru.
“Kalau tengok keadaan semasa, arwah nampak macam dah sihat lepas keluar hospital pada bulan Julai lepas. Masa tu dia kena sesak nafas, angin pasang selain mempunyai air berlebihan dalam badannya.
Yank berkata sehingga kini urusan jenazah sedang giat dijalankan oleh mereka yang terdekat dan juga pihak keluarga.
Sebagai info, Kumin bersama teman baiknya, Allahyarham Bob Kuman pernah popular dengan kumpulan Ku2. Ada banyak lagu catchy yang dihasilkan oleh mereka berdua, malah kumpulan ini ada empat album.
Arwah Kumin juga dah berumah tangga namun mereka berdua tidak mempunyai cahaya mata. Salam takziah buat keluarga Kumin atau nama sebenarnya Khuzami. Sama-sama kita doakan.