Ayda Jebat dah jumpa doktor pakar bidan, disahkan hamil

2,645 views

Setelah dua bulan berkahwin, pasangan bahagia Ayda Jebat dan suaminya Nabil Mahir menerima berita yang amat menggembirakan.

Menerusi laporan mStar, dikhabarkan Ayda Jebat sudahpun berbadan dua dan mereka akan bergelar ibu bapa kelak.

Ayda Jebat telah bertemu dengan pakar perubatan bahagian perbidanan dan sakit puan di Pusat Perubatan Prince Court untuk buat checkup.

Dari dari satu sumber, pemeriksaan telah mengesahkan Ayda Jebat kini positif sedang hamil anak pertama.

Apapun usia kandungan masih lagi baru dan tak diketahui secara lanjut. Ayda Jebat juga tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan dan ini mungkin kerana usia kandungan yang masih lagi terlalu awal.

Namun, Ayda Jebat telah menulis satu update di Twitter yang mana dia menyatakan kesyukuran atas rezeki yang diterima, akan tetapi tak dinyatakan secara lebih detail.

Ini tulis Ayda Jebat secara ringkas: “Alhamdulillah, syukur atas rezekimu“.

Ianya sudah cukup membuatkan para peminat dan followernya membuat andaian bahawa memang betul penyanyi dan pelakon ini sedang berbadan dua.

Ada juga menyatakan Ayda Jebat dah bunting pelamin iaitu hamil cepat setelah bergelar isteri.

Kemudian, di Ig story semalam, Nabil Mahir pula dilihat sedang mendengar perut Ayda Jebat dan bagaikan ada memberi bayangan dengan mengatakan macam-macam bunyi.

Ini kata Nabil yang meletakkan telinganya di perut isteri tercinta: “Macam-macam bunyi ada.”

Melihat ruangan komen, ramai peminat dah mula memberi ucapan tahniah kepada pasangan ini dan tak sabar nak nantikan mengesahan serta pengumuman rasmi dari Ayda Jebat dan Nabil Mahir.

Ramai mendoakan agar baby dalam kandungan Ayda Jebat akan sentiasa berada dalam keadaan yang sihat.

Diimbas kembali, penyanyi Ayda Jebat dan pengacara Nabil Mahir disatukan sebagai suami isteri pada tarikh 1 Januari 2021 di sebuah masjid di Kuala Lumpur. Pasangan ini mula menjadi rapat pada tahun 2019.