Datin Rebecca Nur Al-Islam telah mengalami satu detik cemas apabila suaminya, Datuk Nor Azam telah disahkan yang positif Covid-19 mengadu sesak nafas.
Kejadian berlaku pada hari Selasa semalam ketika suaminya sedang menjalani kuarantin.
Setelah melihat keadaan suami, Rebecca terus call pihak ambulans untu membawa suami mendapatkan rawatan, tetapi malangnya semua hospital swasta telah penuh.
“Semalam ketika dah tengah hari, suami saya mula alami gejala sesak nafas. Kadar oksigen suami amat rendah. Suami telah disahkan sudah berada di stage 4 Covid-19.”
“Saya takut dan terus panic. Kemudian adik-beradik suami dah tolong call ambulans dan try dapatkan katil di hospital swasta untuk suami saya.”
“Anak-anak ditinggalkan sebentar, saya terus teman suami naik ambulans. Masa tu saya still cuba call banyak hospital swasta sekitar Kuala Lumpur dan Selangor namun memang hampa, kebanyakkan dah full.”
Tak lama selepas itu, sebuah pusat perubatan menyatakan ada satu tempat kosong untuk pesakit yang positif covid.
Rebecca memilih untuk hantar suami ke hospital swasta kerana tahu hospital kerajaan kini terlalu busy dan sesak dengan kes yang sedang meningkat.
Dalam pada itu, suami Rebeeca sempat berkata tidak mahu Rebecca meninggalkannya ketika di hospital, namun Rebecca tak boleh berbuat sedemikian.
“Saya betul-betul tidak sampai hati melihat suami sampai menangis. Kemudian dia cakap kat saya, sayang tolong jangan tinggalkan saya. Namun memang sedih tak dapat nak teman dia di sana.”
“Kepada semua, saya mohon doakanlah untuk kesihatan suami, anak-anak serta pembantu-pembantu rumah saya.”
Rebecca juga telah disahkan positif dan menyatakan dirinya memang sangat sakit.
“Badan kami semua macam rasa kena hempap, sakit sangat. Kemudian dengan batuk, terasa sakit dada, malah ada yang cirit-birit. Semoga Allah lindungi kita semua.”
Datin Rebecca Nur Al Islam dan suami serta enam orang anaknya dan beberapa pekerjanya telah disahkan positif baru-baru ini.