Antara pasangan suami isteri selebriti yang terpaling sweet kat Malaysia ni ialah Nur Risteena dan Isa Khan.
Semasa belum berkahwin pun memang dah diketahui kedua mereka ini amat menghargai antara satu sama lain, apatah lagi setelah selamat bergelar suami isteri.
Pasangan ini dilihat terus bahagia bersama melayari bahtera perkahwinan mereka.
Yang terkini, Risteena ada muatnaik satu video menunjukkan suaminya itu sedang mengaji di waktu pagi.
Ternyata Risteena rasa amat bahagia dan diberkati kerana dikurniakan suami seperti Isa Khan. Ini caption yang ditulis oleh Risteena.
“Tatkala orang ramai masih tidur selepas subuh, suami saya pula memilih untuk mengaji Al-quran sambil video call dengan ustaz. Ini untuk memastikan bacaan Al-quran yang dibaca olehnya itu adalah betul.”
“Memang bersemangat dia untuk bangun seawal pagi, terus solat tahajud dan solat sunat sampailah waktu, solat subuh kemudian dia terus mengaji.”
“Mahu kumpul pahala semasa bulan Zulhijjah ni kata suami saya ni. Puasa pula dia tak tinggal 10 hari. Inilah dia suami saya. Saya amat berbangga dapat cerita kisah ini dan rasa bahagia memiliki kamu sebagai suami saya.”
“Semoga Allah akan sentiasa merahmatimu wahai suamiku dan dipermudahkan segala urusan. Saya sayang sangat pada dia. Esok pula dah hari jadi dia. Mahu beri hadiah apa agaknya ye.”
Isa khan dilihat telah memberi respon kepada isterinya itu, katanya dia berharap dapat bombing isterinya itu sama-sama ke jannah.
“Semoga saya dikurniakan iman serta takwa agar diri ini dapat pimpin isteri saya ke syurga.”
Rata-rata para follower mengatakan Risteena bertuah dapat suami seperti Isa Khan. Ada juga mengatakan ianya satu nikmat perkahwinan mendapat suami yang baik dan soleh.
Ini komen followernya bernama Fatinfilza: “Syukur sangat, alhamdulillah. Good for him, especially for you, semoga terus istiqamah.”
Netizen bernama Juliyahkusmat pula menulis komen: “Ustaz kata di antara salah satu hidayah yang akan datang ialah melalui perkahwinan. Tahniah diucapkan kepada adik berdua ni. Harapnya akan istiqomah dan bahagia sehinggalah ke jannah, amin.”
Syukur, semoga Nur Risteena dan Isa Khan terus bahagia, amin.