“Tulang belikat, bahu dan rusuk retak” Azhan Rani kemalangan

5,048 views

Pelakon hebat tanah air, Azhan Rani disahkan mengalami kemalangan jalan raya baru-baru ini. Hal ini setelah rakannya yang juga pelakon terkenal iaitu Beto Kusyairy mengesahkan hal berkenaan.

Menerusi satu kenyataan dari laporan Harian Metro, Beto mengatakan Azhan Rani terlibat dalam kemalangan melibatkan motorsikal yang dipandu oleh Azhan Rani bertembung dengan sebuah lagi motorsikal di Jalan Templer, Petaling Jaya.

Semasa kejadian, Azhan Rani dalam perjalanan untuk menuju ke lokasi penggambaran.

Azhan mengalami beberapa kecederaan antaranya tulang belikat, tulang bahu dan tulang rusuk retak akibat accident berkenaan.

“Syukur Alhamdulillah, Azhan sekarang telah stabil dan sedang terima rawatan dari doktor pakar di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.”

“Lepas insiden tersebut, Azhan dikejarkan ke Hospital Selayang dan kemudian telah dipindahkan ke hospital swasta.”

“Dia dirawat ketika ini dan doktor ada beri ubat penahan sakit yang agak kuat sebab dia memang dalam kesakitan.”

“Apa yang diberitahu, hasil dari ujian x-ray yang dibuat, Azhan ada beberapa kecederaan seperti kecederaan di tulang belikat manakal tulang di area bahu dan rusuk pula telah retak. Semuanya bahagian kiri badannya.”

Azhan juga telah jalani beberapa lagi ujian pemeriksaan untuk memastikan sekiranya ada lagi kecederaan dalaman lain yang dialaminya.

Ketika ini Beto menyatakan dia masih belum lagi dibenarkan melawat Azhan Rani.

“Hanya dapat contact melalui phone saja sebab pelawat masih belum lagi dibenarkan masuk. Azhan dalam bilik kuarantin.”

“Dia pun masih lagi tengah tunggu report CT scan untuk ketahui jika kecederaan lain. Harapnya tiadalah.”

Bagi pihak Azhan Rani, Beto menyatakan pelakon berkenaan tidak dapat menjawab semua call dan mesej buat masa sekarang.

Semoga Azhan Rani akan kembali sihat dan pulih sepenuhnya, sama-sama kita doakan.