“Saya terima berita datuk saya meninggal dunia, kemudian suami pula lafazkan talak”

10,095 views

Siti Saleha kini disahkan sudah pun berpisah dengan suaminya Ahmad Lutfi dengan talak satu dua hari yang lalu.

Pelakon berumur 31 tahun ini mengatakan sebagai manusia dia memang sedih dengan perpisahan itu.

Apatah lagi sebenarnya dia menerima dua khabar duka pada hari yang sama. Selain perpisahan dengan suami, Siti Saleha menerima berita datuknya telah pergi buat selamanya.

“Saya sedih walaupun saya yang failkan untuk berpisah. Saya hanya manusia biasa. Perpisahan bukannya sesuatu yang mudah untuk saya hadapi.”

“Kebetulan pada pagi semalam, saya telah menerima berita bahawa datuk saya yang duduk di United Kingdom, telah meninggal dunia kerana masalah jantung.”

“Selepas itu, bekas suami pula melafazkan talak pada saya. Ada dua berita duka yang saya terima, pada hari yang sama.”

Setelah berpisah dengan suaminya, Siti Saleha kaui dia tak ada isu untuk bermusuhan dengan Ahmad Lutfi.

“Sungguhpun saya sedih sebab perkahwinan berakhir, saya tetap reda dan anggap memang dah tiada jodoh antara kami.”

“Walau dah tak lagi bersama, kami masih boleh berkawan baik. Saya tetap ada untuknya bila-bila masa kalau diperlukan.”

“Tidak perlu ada rasa nak berdendam. Kami pun berpisah dengan cara yang baik, silalah doakan saja untuk kami.”

Tentang label janda yang diterima, bagi Siti Saleha gelaran itu tidak difikirkan olehnya. Memang ada sesetngah menganggap janda ini kurnag baik, tetapi SIti Saleha tak ambil kisah tentang gelaran itu.

“Saya tahu ada sesetengah orang yang masih ada mentaliti macam itu. Tapi saya tak ambil kisah apa yang orang lain nak cakap.”

“Pendapat saya, tak ada yang tak eloknya dengan gelaran janda. Apa yang paling penting ialah hidup kita bahagia. Tak perlulah nak gusar dengan gelaran janda sampai kena berpura-pura untuk bahagia.”

Selepas perpisahan dengan bekas suami, Siti Saleha kini akan lebih fokus dengan kariernya sebagai pelakon. Malah Siti Saleha kembali dengan watak Mia dalam drama 7 Hari Mencintaiku musim ke tiga.