“Zul Ariffin kini disiasat” ~ Tan Sri Annuar Musa, Menteri Komunikasi Multimedia

2,308 views

Isu yang mana pelakon Zul Ariffin dah upload video adegan dirinya dengan pelakon Siti Hariesa ternyata belum lagi berakhir.

Malahan, ianya akan disiasat dengan lebih lanjut mengikut undang-undang yang telah ditetapkan.

Hal ini disahkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia iaitu Tan Sri Annuar Musa.

Zul Ariffin bakal disiasat di menerusi Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia (AKM) 1998.

Tan Sri Annuar Musa membuat kenyataan itu di laman media milikny asebentar tadi. Ini komen penuh dari Menteri Komunikasi.

“Proses undang-undang akan dijalankan. Pelakon Zul Ariffin akan disiasat disebabkan satu post di laman media sosial miliknya. Ianya ternyata menyalahi undang-undang.”

“Sudah tentu adegan seperti itu, tak akan dibenarkan langsung untuk ditayang, Jaga nilai dan juga budaya kita.”

Ini paparan penuh kenyataan dari Tan Sri Annuar Musa.

Sebelum ini, Tan Sri Annuar Musa turut memberi ingatan kepada semua pihak yang terlibat dengan industry seni, termasuk penerbitan media, agar tak tayangkan babak-babak yang tak wajar dan menyentuh sensitiviti di negara ini.

Pihak kementerian akan ambil tindakan yang amat tegas dan ini termasuk untuk tarik balik kebenaran serta kemudahan yang diberikan kepada pihak penyiar dan Tv station.

Itulah komen dari pihak Menteri Komunikasi dan Multimedia iaitu Tan Sri Annuar Musa tentang isu video Zul Ariffin ini.

Sehingga kini, Zul Ariffin telahpun membuat permohonan maaf di atas khilafnya menyiarkan sedutan babak itu di laman media miliknya yang mempunyai lebih 2juta follower.

Drama bersiri berjudul Perempuan Itu adalah lakonan oleh Zul Ariffin, Mimi Lana, Eman Manan, Ahmad Iqbal dan Siti Hariesa, dan dijadual untuk ditayangkan di TV3 pada bulan Ramadhan ini. Ianya diarahkan oleh Ain Shariff, Isma Yusoof serta diterbitkan oleh syarikat milik Erma Fatima.