Aeril Zafrel, Wawa Zainal beli wisma bernilai RM3 juta

7,541 views

Satu berita baik buat pasangan suami isteri selebriti terkenal tanah air iaitu pelakon Aeril Zafrel dan juga Wawa Zainal.

Melalui satu laporan Harian Metro, Aeril Zafrel telah memberi hadiah sebuah bangunan yang dijadikan wisma perniagaan kepada isterinya, Wawa Zainal.

Dari laporan berkenaan, dianggarkan nilai bangunan wisma berkenaan lebih kurang RM3 juta.

Wisma itu merupakan bangunan tiga tingkat dan dikatakan kos ubahsuai saja dah memakan jumlah sebanyak RM2 juta.

Khabarnya wisma itu akan menjadi tempat office dan juga gudang untuk perniagaan mereka iaitu Wawa Cosmetik.

Kata Wawa Zainal, wisma ini memang dah jadi idaman buat dirinya dan juga suami.

“Memang kami berdua ada pasang impian nak memiliki wismi seperti ini sejak dari dulu lagi. Tak sangka kami akhirnya dapat juga. Diakui, sebenarnya banyak dugaan serta rintangan sejak awal kami memulakan business.”

“Dulu kami pernah kena ketawa, sampai ada yang anggap kami ada isu sampai nak berpisah. Dulu sejak kahwin, ramai cakap kami ni akan hidup dalam kesusahan.”

“Syukur alhamdulillah, kami dah pun buktikan kami pun boleh berjaya juga. Kata-kata mereka semua itu telah buat kami menjadi lebih kuat sampailah sekarang.”

“Saya sangat bangga dengan kejayaan dikecapi pada hari ini. Bagaikan tak percaya bahawa kami ni dah ada wisma.”

Tentang wisma itu, Wawa menjelaskan ianya direka oleh Aki Designer.

“Proses renovation menelan kos lebih kurang RM2 juta. Dah mula buat sejak tahun lepas lagi. Ambil masa lama juga untuk siap sepenuhnya. Semua reka bentuk telah dibuat oleh Aki Designer berkonsepkan yang mengambil konsep French Industrial. Memang saya yang mahu konsep ini.”

“Amat gembira dah ada wisma ni. Boleh ajak semua mesyuarat di office sebab sebelum ni pun tak ada tempat. Sekarang dah siap, tempat ni pun memang cantik, boleh bergambar semua.”

Itulah komen dari Wawa Zainal ketika hadir bersama Aeril Zafrel di majlis perasmian Wawa Cosmetic HQ dan juga pelancaran Wawa Fantasy Dream Night.

Tahniah diucapkan buat Aeril Zafrel dan Wawa Zainal diatas kejayaan sampai dah miliki wisma.