Dah unfollow, hubungan dingin dengan Shila Amzah, ini penjelasan Syada Amzah

11,546 views

Melalui laporan portal Ohbulan, dikatakan penyanyi adik beradik iaitu Shila Amzah dan juga Syada Amzah sudah tidak ikuti laman media masing-masing. 

Kedua mereka dilihat saling tak follow akauan di Instagram, dan mereka hanya follow adik lelakinya iaitu Syahir Amzah. 

Ketika tinjauan dilakukan, memang benar kedua penyanyi ini sudah pun tidak ikuti Instagram masing-masing. 

Sementara itu, Syada juga dilihat bagaikan hanya memberi sokongan kepada Syahir saja melalui satu rancangan nyanyian yang disertainya bersama Shila Amzah. 

Syahir dan Shila akan sama-sama beraksi dalam program Famili Duo. 

Syada hanya menulis hashtag team Syahir saja, dan tiada nama Shila Amzah disebut.  

Ini sekaligus membuat ramai peminat mereka tertanya, adakah benar hubungan mereka ketika ini dingin. 

Melihat isu ini menjadi bualan, akhirnya Syada Amzah memberi sedikit komen. 

Katanya, hubungan dengan adik beradik selalu saja dingin, dan itu perkara yang normal. 

“Saya selalu saja dingin dengan adik beradik saya, bagi saya itu memang normal, manusia kan.” 

“Semasa di satu event baru ni, saya bertembung dengan kakak, kami okey saja, bertegur berpeluk.” 

“Jangan risau ye semua, jaga family sendiri sajalah.” 

Dalam pada itu, Syada berkata dia memberi sokongan kepada Syahir kerana kakak, Shila Amzah sudah mempunyai peminat yang ramai, tidak seperti Syahir. 

“Saya tak mahu orang salah faham tentang apa yang saya post sebelum ini, sebenarnya saya hanya tulis team syahir tu sebab kakak dah ada fan base sendiri.” 

“Bagi semangat kepada abang saya, sebab ini pertama kali dia masuk pertandingan nyanyian.” 

“Lagi pun saya kan ada tulis untuk beri sokongan kepada The Amzah, kalau kami tak okey, tak akan saya nak sebut The Amzah.” 

Itulah penjelasan dari Syada Amzah tentang cakap-cakap tentang hubungannya yang dingin dengan Shila Amzah.