Selebriti lelaki 41 tahun yang ditahan semalam ialah pelawak terkenal iaitu Along Cham.
Hal ini disahkan oleh pihak polis, yang mana Along Cham ditahan atas disayki memilik barang terlarang dalam satu serbuan di sebuah rumah yang terletak di Cyberjaya.
Serbuan berkenaan dilakukan pada petang semalam, Sabtu.
Melalui laporan Mstar, Along Cham atau nama penuhnya, Muhammad Nizamuddin Ahmad, 41 tahun, kini direman selama 5 hari.
Ketua Polis Daerah Sepang, iaitu Asisten Komisioner Norhizam Bahaman mengesahkan penahanan ini.
“Suspek ditahan reman pada pagi ini, di Banting, Mahkamah Majistret Teluk Datok.”
“Dari siasatan awal, suspek sebelum ini tiada sebarang sabitan rekod lampau.”
Selebriti lelaki 41 tahun itu dibawa ke Mahkamah Majistret Teluk Datok direman dai disiasat mengikut Seksyen 39A(2) Akta barang terlarang.
Diimbas kembali, sejak malam tadi, ramai yang berteka teki siapakah gerangan selebriti lelaki 41 tahun yang ditahan polis.
Polis menahan seorang selebriti lelaki sekitar jam 3 petang semalam apabila disyaki memiliki dedaun kering disyaki barang larangan dengan berat 60.3 gram.
Pasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang itu telah menemui dua paket plastik lutsinar mengandungi barnag berkenaan bersama-sama suspek.
Ujian air kencing dilakukan terhadap Along Cham dan disahkan positif barnag terlarang berkenaan.
Along Cham kini direman sehingga 19 Disember ini.
Sebelum ini, isteri Along ada muatnaik video bersama pelawak berkenaan, dan ramai yang tak menyangka pelawak berkenaan yang ditahan.
Nama Along mula naik apabila muncul dalam rancangan Raja Lawak bersama Azrul menubuhkan kumpulan Cham.
Along merupakan rakan baik kepada pelakon, pelawak dan penyampai radio, Angah Raja Lawak.