Kes Danial hilang terjawab, sebenarnya sembunyikan diri

1,881 views

Kisah seorang lelaki yang dikatakan telag hilang semasa membuat cod barang phone akhirnya telah terungkai pada hari ini. 

Melalui laporan pihak polis, semuanya dah terjawab tentang mengapa lelaki berkenaan telah hilang sehingga menimbulkan kerisauan orang ramai. 

Rupanya, lelaki bernama Danial itu bukannya hilang sebaliknya bertindak menyembunyikan diri dari pemungut hutang. 

Hal ini disahkan oleh Ketua Polis negeri Selangor iaitu Datuk Hussein Omar Khan. 

Kes ini selesai apabila Danial, 27 tahun, datang ke Ibu Pejabat Polis Shah Alam, semalam. 

Ini kenyataan dari pihak polis tentang kehilangan Danial. 

“Lelaki berkenaan dalam keadaan selamat. Tak ada sebarang kejadian tak diingini terjadi kepadanya.” 

“Dia sebenarnya lari atau sembunyikan diri dari pemungut hutang.” 

Itulah jawapan dari pihak berkuasa tentang kes ini. 

Sebelum ini telah tular di media apabila pihak tunang Danial terkejut dengan panggilan darinya apabila Danial dilihat berlari bagaikan dikejar. 

Ianya terjadi ketika Danial melakukan urusan jual beli telefon dengan individu yang tidak dikenalinya. 

Kemudian, Danial tidak dapat lagi dihubungi. 

Video panggilan terakhir dari Danial kepada tunangnya itu menjadi bualan ramai lantas kes ini menjadi tular. 

Selepas beberapa hari, dikhabarkan Danial dalam keadaan baik apabila dirinya diselamat oleh pemandu lori. 

Danial telah pun pulang kepada keluarganya. 

Pihak polis kemudian meminta Danial untuk hadir ke balai polis untuk memberi penjelasan tentang kejadian yang menimpa dirinya. 

Danial telahpun hadir dan menjelaskan apa yang terjadi kepadanya. 

Syukur semuanya dalam keadaan baik-baik saja.