Keadaan terkini Ebby Yus, ramai mula tahu setelah Jep melawat

150 views

Pelakon dan pelawak Ebby Yus sedang berjuang dari segi kesihatannya, ini keadaan terkini Ebby Yus. 

Di umur 59 tahun, Ebby kini menderita penyakit buah pinggang yang sudah rosak teruk dan dah masuk ke tahap kronik, atau chronic kidney disease. 

Jelasnya, kini Ebby sedang mendapatkan rawatan dialisis sebanyak tiga kali untuk satu hari di pusat perubatan. 

Pelakon ini juga terbuka jika ada individu yang bermurah hati untuk menderma buah pingggang untuknya. 

Namun beliau hanya redha saja dan tidalah sampai meminta minta untuk derma buah pinggang. 

Sememangnya, pemindahan buah pinggang akan dapat menyelamatkan nyawanya.  

“Saya belum ada terfikir untuk cari penderma buah pinggang namun dalam keadaan sekarang ini, memang perlukan penderma buah pinggang.” 

“Apapun saya tak adalah pula mahu meminta-minta.” 

“Jikalau ada rezeki, saya terima saja. Kalau ada yang betul-betul nak bagi, takkan saya mahu menolak. Kalau tak ada, tak mengapa. Saya berserah saja.” 

TAK MAHU SUSAHKAN ORANG LAIN

Jelas Ebby, dia tak mahu cerita tentang kisahnya masuk ke hospital, sebab tak nak orang lain risau.

“Kalau boleh tak nak heboh-heboh sebab tak mahu kawan bimbang.” 

“Jika rakan termasuk Jep Sepahtu dan Roy Azman yang datang.” 

Bagi Ebby, dia tak mahu terus susahkan orang lain, yang mahu menderma kepadanya.   

“Prinsipnya, jika boleh memang tak nak libatkan orang lain tentang masalah saya.” 

“Ini termasuk adik beradik saya, saya tahu ramai nak bantu, tapi bagi saya, lebih baik saya hadap dulu, selagi boleh kayuh.” 

“Bagi saya tidak perlu beri sumbangan kerana saya masih ada benda lagi yang boleh dijual.” 

“Jika ada di belakang saya yang buat kutipan itu terserah kepada mereka.” 

KEADAAN PENYAKIT EBBY YUS

Tentang keadaan terkininya, Ebby Yus berkata dia masih dalam rawatan lagi, dan sebenarnya sudah lama. 

Namun kini tahap kronik buah pinggang sudah masuk ke tahap yang lebih teruk. 

“Ini sudah lama dah lebih kurang empat tahun, masa peringkat awal dulu, saya fikir, mungkin akan okey kot.” 

“Tapi ada doktor bagitahu, saya dah kena buat dialisis, sebab dah tak boleh tunda. Doktor kata, kalau tak buat dialisis saya dah tak boleh keluar dari wad ni.” 

“Sakit lemah jantung saya ada sejak tahun 2018 membuatkan tenaga saya tak kuat macam dulu, apatah lagi sekarang kena mulakan rawatan dialisis akibat sakit buah pinggang.” 

“Kesihatan saya kembali terganggu sejak empat bulan lalu sampai pergerakan semakin terbatas.” 

“Saya ada buat pembedahan kecil pada perut bagi memasukkan tiub untuk memulakan rawatan dialisis air di rumah tetapi luka saya ken kuman dan saya stay lama di hospital.” 

“Dalam tempoh ini berat saya dari 72 kilo dah susut kepada 60 kilo saja.” 

Sebelum ini, rakannya dalam Sepahtu Reunion iaitu Jep Sepahtu, ada muatnaik gambar ketika melawat Ebby Yus. 

Sejak itu, baru ramai yang tahu keadaan terkini Ebby Yus yang sedang sakit. 

Sama-sama kita doakan kesihatan Ebby Yus