Pada 9 Februari 2025, akan berlangsung minggu akhir Gegar Vaganza musim ke 11, Final GV11.
Dengan tema It’s Final, para peserta akan diberikan tiga tugasan.
Tugasan pertama ialah lagu solo, dan tugasan kedua pula ialah nyanyian secara duet dengan penyanyi jemputan.
Seperti biasa, ada tugasan terakhir iaitu battle, yang mana peserta akan menyanyikan lagu rap sesama mereka.
Yang menjadi perhatian sudah tentunya di segmen nyanyian secara berduet bersama penyanyi jemputan.
Ini kerana penyanyi yang diundang semuanya hebat-hebat belaka.
Jom lihat senarai penyanyi jemputan Final GV11.
Dato Jamal Abdillah akan berduet bersama Dyrga Dadali.
Pasha Ungu pula akan menyanyi bersama Ning Baizura.
Krisdayanti juga akan tampil bersama Liza Aziz.
Kumpulan Dolla akan bergabung bersama The Lima.
Taufik Batisah pula berduet dengan Sheila Abdull.
Jaclyn Victor akan berduet dengan Zehra Zambri.
Ini merupakan senarai tugasan di pentas Final GV11.
Pusingan Pertama, Lagu Solo
- Dadali Dyrga, lagu Kenangan Terindah (Samsons)
- Ning Baizura, lagu A Moment Like This (Kelly Clarkson)
- Sheila Abdull, lagu Listen (Beyonce)
- The Lima, lagu Bila Rasaku Ini Rasamu (Kerispatih)
- Liza Aziz, lagu I Surrender (Celine Dion)
- Zehra Zambri, lagu Berpaut Di Dahan Cinta (Dayangku Intan)
Pusingan Kedua, Lagu Duet
- Dadali Dyrga dan Jamal Abdillah, lagu Kekasih Awal Dan Akhir.
- Ning Baizura dan Pasha Ungu, lagu Terlanjur Cinta.
- Zehra Zambri dan Jaclyn Victor, lagu Beribu Sesalan.
- The Lima bersama Dolla, lagu Bye Bye Bye.
- Liza Aziz berduet dengan Krisdayanti, lagu Cinta.
- Sheila Abdull dan Taufik Batisah, lagu Aku Bersahaja.
Pusingan Ketiga, Lagu Rap Battle
- Dadali Dyrga, The Lima, Liza Aziz akan membawa lagu Ala Canggung.
- Sheila Abdull, Ning Baizura dan Zehra Zambri nyanyi lagu Angkat.
Itulah dia senarai lagu-lagu yang akan disampaikan oleh para peserta di pentas Final GV11 yang akan berlangsung pada hari Ahad depan, 9 Februari 2025.
Peringkat akhir Gegar Vaganza musim ke 11 ini dijurikan oleh Dato Ramli MS, Datuk Syafinaz dan juga Hetty Koes Endang.