Ning Baizura berguru dengan Mas Idayu untuk persiapan GV11 - News Tel

Ning Baizura berguru dengan Mas Idayu untuk persiapan GV11

310 views

Ning Baizura berguru dengan Mas Idayu untuk persembahan di pentas Gegar Vaganza pada minggu ini. 

Dengan tema Rockdut iaitu gabungan genre rock dn dangdut, Ning mengambil inisiatif untuk belajar seni menyanyi lagu dangdut dengan Mas Idayu. 

Ning Baizura, 50 tahun, bakal membawa lagu nyanyian Mas Idayu, 53 tahun, iaitu Senggol Senggolan Cubit Cubitan pada minggu suku akhir Ahad ini. 

Bagi Ning, Mas Idayu yang lebih mesra disapa mummy, seorang yang tegas tetapi baik hati.

MAS IDAYU DATANG KE RUMAH AJAR NING

Kata Ning, Mas Idayu memang baik hati, sanggup datang ke rumah untuk mengajarnya ilmu dangdut.

“Mummy ni seorang yang baik hati, tegas dan berdisiplin. Memang inspirasi kita.” 

“Terima kasih kerana sudi datang ke rumah kita yang tak seberapa ini. Terima kasih luangkan masa, tenaga, duit minyak, ilmu dan bergelak ketawa bersama Ning.” 

“Syukur alhamdulillah, semoga Allah akan mudahkan urusan Mummy sekeluarga. Ning tidak akan lupa.” 

Kata Ning, dirinya mengakui belajar lagu dangdut ni sesuatu yang sukar kerana ada gayanya tersendiri.  

“Apabila dapat belajar dari penyanyi asal lagu ni memang jadi meremang. Terima kasih Mummy sudi ajar Ning dengan ikhlas.” 

“Untuk belajar lenggok dangdut tidak mudah, Ning akan cuba bawa aura lagu ini bersama dengan ilmu Mummy pada Ahad ini.” 

Ning juga muatnaik video sedang belajar menyanyi bersama Mas Idayu ada telah ditegur oleh penyanyi berkenaan. 

Akan tetapi dia tetap bersungguh berlatih sampai berpeluh dibuatnya. 

“Latihan yang kuat sampai membuat kita berpeluh satu badan, peluh ketiak.” 

“Tapi saya akan relaks dan tenang, cuba untuk stailkan dangdut dengan style dan gedik saya sendiri. Tidak mengapa, saya suka cabaran. Doakan saya.” 

Itulah komitednya sampai Ning Baizura berguru dengan Mas Idayu yang sinonim dengan gaya garang ketika menjadi juri pertandingan nyanyian Famili Duo sebelum ini. 

Untuk minggu quarterfinal Gegar Vaganza musim ke 11 ini, Ning Baizura akan membawa dua lagu medley iaitu gabungan lagu Mas Idayu, Senggol Senggolan Cubit Cubitan dan juga lagu rock, Tiada Lagi nyanyian dari Indonesia iaitu Mayang Sari yang popular di Malaysia setelah dinyanyikan semula oleh Amy Search. 

Latest from Hiburan


Respon Aina Abdul tentang komen Man Bai

717 views

Sebelum ini, penyanyi lagu Kau Ilhamku iaitu Man Bai, ada mengatakan di kenal dengan dua penyanyi alaf baru yang sedang popular ketika ini iaitu Aina Abdul dan juga Ernie Zakri. 

Namun begitu Man Bai mengatakan, dia sebenarnya masih belum lagi tahu lagu popular atau lagu berhantu milik Aina Abdul. 

KENYATAAN MAN BAI 

“Untuk industri nyanyian, penyanyi kena ada kiIIer song. Saya suka penyanyi baru sekarang ni macam Aina Abdul dan Ernie Zakri.” 

“Mereka amat berbakat dan bagus. Saya hormatinya.” 

“Ernie bertuah sikit sebab ada lagu Masing Masing ciptaan oleh Ade Govinda. Kalau tak, orang hanya tahu namanya.” 

“Macam Aina, saya tidak tahu apa lagu hit dia. Hanya tahu namanya saja.” 

Man Bai, 57 tahun menambah, Aina kena bercampur dengan lebih ramai lagi komposer dan penerbit lagu yang hebat. 

“Aina ni kena campur dengan komposer hebat yang dapat bagi dia lagu sedap.” 

“Macam mana nak tahu lagu itu sedap? Kalau dulu, dapat demo, kalaulah bulu roma kita naik, itu petanda lagu itu akan menjadi.” 

“Sekarang ni tak semua lagu jadi hit, hanya nak lagu jadi runut bunyi drama. Itu tak cukup. Sebab lagu ost ni hanya keluar sebelum drama bermula. Selepas itu orang mahu fokus cerita tu.” 

RESPON AINA ABDUL 

Dianggap Man Bai tiada lagu popular yang malar segar atau evergreen, penyanyi Aina Abdul memberi respon. 

Jelasnya, dia hormati pandangan dan teguran dari penyanyi senior berkenaan. 

Aina berkata dia tak kecil hati sebaliknya anggap kenyataan Man Bai itu sebagai pemangkin dirinya untuk mencari lagu yang lebih baik.   

“Saya baru tahu tentang kenyataan dibuat Man Bai, baru-baru ini. Ada rasa sedih sedikit dengan kenyataan itu namun saya bersangka baik.” 

“Tidak tahu apa konteks perbualan Man Bai, oleh itu saya taknak berat sebelah.” 

“Saya juga tak nak kami jadi janggal nanti kalau jumpa sebab saya selalu sewa studio beliau kalau ada persediaan konsert.”  

“Kami pernah bekerja rapat. Bagi saya teguran itu saya ambil dari sudut positif, sekali gus bersemangat mencari lagu yang lebih sedap dan baik.” 

“Saya berkerja keras untuk dapat lagu kiIIer song namun lagu-lagu saya Sumpah, Sepi, Semalam belum cukup untuk jadi evergreen.” 

“Macam Ajai, kerana begitu banyak karya lagu hitnya, dia bertahan sampai sekarang.” 

Impian Aina Abdul selepas ini adalah untuk berkerjasama dengan komposer hebat seperti Ajai, M Nasir dan Aubrey Suwito. 

Go to Top