“Anak angkat celah mana” Nurulhidayah nafi Siti Bainun anak angkat bapanya

9,283 views

Kes wanita bernama Siti Bainun dan kanak-kanak kurang upata mendapat perhatian orang ramai. Rata-rata meluahkan rasa sokongan kepada kanak-kanak bernama Bella itu. Semua mahu Siti Bainun dikenakan hukuman yang setimpal.

Kerana terlalu marah, ada yang turut muatnaik foto Siti Bainun dengan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Gambar berkenaan menunjukkan Siti Bainun bersama Datuk Ahmad Zahid Hamidi dan juga isterinya Datin Hamidah Khamis.

Kerana foto berkenaan, ada mengatakan Siti Bainun ini merupakan seorang yang rapat dengan Datuk Ahmad Zahid Hamidi.

Sehingga ada juga kata-kata mendakwa bahawa Siti Bainun ini merupakan anak angkat kepada Ahmad Zahid.

Akhirnya hal ini mendapat respon dari Datuk Nurulhidayah iaitu anak kandung Datuk Ahmad Zahid Hamidi.

Nurulhidayah menafikan Siti Bainun ada kaitan dengan ayah dan juga family nya.

“Cukup saya mahu cakap bahawa saya dan semua ahli keluarga tentang sekeras kerasnya kes yang melibatkan Bella.”

“Cerita yang ada kaitkan kami dengan Siti Bainun itu pun saya tak pasti dari mana.”

Tentang gambar Siti Bainun bersama Datuk Ahmad Zahid Hamidi, dan dakwaan dia anak angkat, ini komen Nurul Hidayah.

“Jika semua orang bergambar dengan abah saya dan family saya, maka mereka akan ada kena-mengena ke.”

“Anak angkat celah mana tu, tanyalah diaorang. Sia-sia je mereka ni semua berpuasa.”

Anak kepada Datuk Ahmad Zahid Hamidi ini menafiakn sekerasnya bahawa family dia ada back up wanita yang dituduh itu.

“Celah mana kami sekeluarga nak cover atau pun nak back up orang kena tuduh tu, memang tak masuk akal. Tak pandai tak apa, tetapi janganlah nak memandai-mandai.”

Nurulhidayah berkata mereka yang terlibat dan jika disapati bersalah, mereka tak akan terlepas.

“Tak ada sesiapa yang akan terlepas dari undang-undang kes ini.”

Itulah komen dari Nurulhidayah tentang isu ini.