“Saya brader Yassin, yang kat sana Yasin Brothers”

2,014 views

Yassin dari kumpulan Senario atau Yassin Yahya sebenarnya turut terkena tempias setelah penyanyi Yasin Sulaiman ditahan kerana kes barang terlarang.

Pelawak ini akui memang dirinya juga menerima komen kurang baik dari netizen yang tersalah sangka, namun dia tak kisah pun.

Yassin memberitahu, memang ada netizen yang tersilap, kerana nama mereka berdua yang sama.

“Memang ada yang mengata kat saya sebab mereka ingat itu adalah saya tetapi saya tidak kisah atau tak ada ambil hati pun.”

“Kalau tengok kat ruangan mesej dalam Instagram, memang ada yang menulis yang tak baik tentang saya tetapi saya baca sangat sebab tahu pasti ada yang salah faham tentang kami berdua.”

Bagi Yassin, dia hanya fikirkan yang positif sahaja.

“Bersyukur juga sebab tiba-tiba nama saya naik semula. Jika ada yang bertanya, saya kata Yassin dah betul dah tu, tetapi itu bukan saya. Saya brader Yassin tetapi kat sana ialah Yasin Brothers.”

“Nama saya baru saja naik lepas masuk Gegar Vaganza dan kini secara tiba-tiba nama Yasin naik lagi. Ini mungkin satu rezeki jugalah.”

“Syukur Tuhan telah memberi peluang untuk nama saya disebut-sebut kembali.”

Tentang apa yang terjadi kepada Yasin Sulaiman, Yassin tetap bersimpati kepadanya.

“Sebagai rakan dalam industry ini, saya faham sangat dengan situasi yang dia lalui. Mungkin Tuhan nak jentik hatinya agar berehat selepas penat bekerja.”

“Dulu saya pernah rasa perkara yang sama. Orang nampak musibah namun saya pula melihat apakah yang hendak disampaikan oleh Tuhan, ianya adalah sebaliknya.”

“Memang saya pernah harap kepada mahluk, kini tak boleh dah, saya bergantung juga pada Illahi.”

Yassin juga pernah terlibat dengan kers barang terlarang, dan dilaporkan pernah ditahan pihak berkuasa sekitar tahun 2010.

Nama Yassin kini semakin dikenali semual setelah sertai Gegar Vaganza bersama Saiful Apek dan juga akan bersama Senariounion.