Pelawak dari kumpulan Puteh iaitu Ali ada berkata bahawa dia mahu undur diri dari bidang seni setelah dia menerima pelabagai komen aibta isu-isu yang melanda setelah pemergian abangnya, Abam Bocey.
Namun, dikatakan dah lain pula jadinya setelah Ali dan kumpulan Puteh masih lagi aktif dan menyertai pertandingan Muzikal Lawak Superstar anjuran Astro.
Apabila ditanya tentang hal ini Ali Puteh tampil memberi jawapannya, kenapa dia masih lagi aktif.
“Memang sebelum ni saya ada kata, jika saya tak lagi diperlukan dalam bidang seni ini, saya sendiri akan undur diri.”
“Namun, ketika itu, saya memikirkan benda-benda dan komen dari orang yang hanya mengata dan tak suka saya, dan saya tak ada fikirkan orang yang selalu sokong saya. Yang menyokong ni lebih ramai, jadi saya cakap mereka masih perlukan aku.”
“Saya ada bincang dengan isteri dan mak saya, tak nak lah kot, dah tak main benda ni. Cukuplah, lagipun abang dah tak ada, sebelum ni masa main selalu duduk bincang dengan abang.”
“Tapi bila saya duduk balik dan pandang muka mak saya, saya fikir balik Abam dah tak ada, jadi tanggungjawab jatuh pada aku, kalau tak kerja mak aku nak makan apa.”
“Sebelum ni pun saya ada berlakon satu drama, banyak bakat hebat dalam tu Fauziah Nawi, Azhan Rani, Tasha Shila. Lepas tu pihak produksi cakap, Ali kami bukan nak tahu kontroversi Ali, tapi nak bakat Ali. Sejak tu saya fikir balik lebih baik ambil yang positif.”
“Muzikal lawak superstar ni pun saya fikir ni kerja aku, masih ramai yang nak tengok, jadi kita jalanlah. Tapi memang berlainan sikit, saya ada rasa janggal, kerana tahun lepas selalu ada arwah Abam, bincang selalu.”
“Sekarang bila tengok stage, abang aku dah tak ada, sebab sebelum ni kalau nak naik stage kitorang akan berpelukan. Saya terus doa pada Tuhan agar sentiasa permudahkan urusan aku.”
Ali, Mamak berganding dengan pelakon Roy Azman untuk kumpulan Puteh kali ini. Muzikal Lawak Superstar berlangsung setiap hari Jumaat.