Pengakuan Syamsul Yusof, dah tak tinggal sebumbung dengan Puteri Sarah

3,258 views

Kisah antara pasangan suami isteri Syamsul Yusof dan isterinya Puteri Sarah Liyana diketahui ada pergolakkannya, namun ramai para peminat mereka yang amat berharap kedua mereka akan menyelesaikannya.

Tentang perkembangan terkini status mereka berdua, menerusi satu laporan dari portal berita, akhirnya Syamsul Yusof akui mereka kini dah tak tinggal lagi sebumbung.

Kata Syamsul Yusof, dia akan beritahu jika perlu, dan memang tak tinggal bersama Puteri Sarah buat masa sekarang. Namun baginya, dia dalam proses untuk baiki hubungan, dan kalau boleh tak mahu hubungan mereka berakhir.

“Apabila ada yang dah tanya soalan ini, jadi saya jawablah, ye betul, memang kami berdua sudah tidak tinggal sebumbung lagi. Untuk saya, tidak ada apa yang perlu nak disorokkan pun”.

“Saya pun sekarang cerita apa yang saya rasa nak bagitahu, asalkan bagi saya ianya tidak ada mendatangkan masalah sekiranya diceritakan”.

Tentang isu yang melanda perkahwinan mereka, dan adakah akan berakhir, Syamsul menjawab lagi bahawa dia dan Puteri Sarah sedang usaha nak perbetulkan segala relationship mereka.

“Untuk sekarang ini, saya dan Sarah masih dalam proses untuk cuba nak perbaiki hubungan kami berdua. Sejujurnya, ketika ini, kami berdua memang memerlukan sedikit masa”.

“Mana ada, tak ada pasangan suami dalam dunia ini yang mahu berpisah. Ini termasuklah diri saya dan juga Sarah, kami tidak mahu hubungan kami berakhir dengan penceraian. Namun, kami berdua sekarang ni perlukan masa dan kena fikirkan anak-anak juga”.

“Siapa yang tidak sayangkan family sendiri. Saya amat sayangkan family saya, sayang anak- anak dan juga isteri saya. Yes I love them”.

Syamsul kini amat berharap dan sentiasa berdia agar rumah tangganya kembali bahagia seperti dulu. Pengarah dan pelaon ini juga meminta semua orang untuk mendoakan untuk dirinya dan juga Puteri Sarah Liyana.

Pasangan ini telah disatukan pada bulan Mac tahun 2014. Sepanjang enam tahun perkahwinan, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah mempunyai dua orang cahaya mata.