Keputusan Akhir GV11, lihat markah para peserta

322 views

Hari Ahad, 9 Februari, telah berlangsung konsert akhir Gegar Vaganza musim ke 11. Ini keputusan akhir GV11

Untuk konsert akhir GV11 ini, seramai 6 peserta berjaya menempah tiket. 

Mereka ialah Ning Baizura, Liza Aziz, Dyrga Dadali, Sheila Abdull, Zehra Zambri dan kumpulan The Lima.

Kesemua mereka akan melalui tiga pusingan dan akan menyampaikan sebanyak tiga buah lagu. 

Tiga pusingan itu merangkumi, satu lagu solo, sebuah lagu duet dengan penyanyi jemputan dan pusingan ketiga ialah battle. 

Untuk pusingan battle, para peserta dibahagikan kepada dua kumpulan menyanyikan lagu rap.  

Ini senarai penuh lagu yang dinyanyikan para peserta berserta artis jemputan, BACA SINI

Setelah tamat persembahan, ini keputusan akhir GV11. 

KEPUTUSAN DAN MARKAH FINAL GEGAR VAGANZA 11 

Juara: Liza Aziz 77.89% (Wang tunai RM100ribu dan trofi)

Tempat Kedua: Ning Baizura 71.04% (Wang tunai Rm50ribu dan trofi)

Ketiga: Sheila Abdull 66.61% (Wang tunai RM30ribu dan trofi)

Keempat: Dadali Dyrga 66.23% (Wang tunai RM20ribu dan trofi)

Kelima: Zehra Zambri 64.38% (Wang tunai RM15ribu dan trofi)

Keenam: The Lima 63.42% (Wang tunai RM10ribu dan trofi)

Markah para peserta di final GV11

Untuk pusingan pertama, Liza Aziz satu satunya peserta yang mendapat standing ovation dari juri Hetty Koes Endang.

Di pusingan kedua pula, sekali lagi Liza Aziz yang bergabung dengan Krisdayanti, mendapat komen terbaik, lantas mendapat komen gebrek dari Hetty Koes Endang.

Untuk pertandingan serta keputusan akhir GV11 ini, juri yang mengadili mereka ialah Dato Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat dan juga Hetty Koes Endang. 

Para penyanyi jemputan masing-masing turut menyanyikan lagu mereka terdahulu sebelum meneruskan aksi duet bersama pasangan peserta masing-masing.

Penyanyi jemputan ialah Krisdayanti, Pasha Ungu, Taufik Batisah, Jaclyn Victor, Datuk Jamal Abdillah, The Dolla.

Gegar Vaganza musim ke 11 dikuasakan oleh Farm Fresh sebagai penaja utama bersama penaja lain iaitu Adabi, CelcomeDigi, Cuckoo dan Uphamol.