Polis serbu rumah, tahan pelakon, positif ambil bahan terlarang

7,672 views

Polis daerah Nilai menegsahkan telah buat tahanan terhadap seorang pelakon wanita semalam, bersamaam hari Isnin kerana didapati positif barang terlarang.

Hal ini disahkan oleh Ketua Polis Daerah Nilai iaitu Superitendan Mohd Fazley Ab Rahman.

Jelasnya, satu serbuan dibuat di sebuah rumah yang terletak di Kampung Chalet di Nilai dan telah menahan pelakon berkenaan sekitar jam 9 suku malam.

Serbuan berkenaan dibuat berdasarkan maklumat dari orang awam tentang aktiviti tersebut.

Selepas itu, pelakon berumur 34 tahun itu di bawa ke pejabat polis dan hasil ujian ternyata positif.

Ini komen pihak polis dari laporan portal Harian Metro.

Pelakon berkenaan dibawa ke Pejabat IPD Nilai untuk buat saringan awal dan dia telah didapati positif barang terlarang.

Kes ini kini disiasat dan sekiranya telah disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda sehingga RM5000 ataupun kedua-duanya sekali.

Ketua Polis kemudian mengatakan pelakon berkenaan kini telah dibebaskan dari tahanan dengan jaminan pihak polis.

Beliau berkata, bagaimanapun pelakon itu dilepaskan dengan jaminan polis.

Namun polis menegaskan, penggunaan bahan terlarang adalah satu kesalahan yang berat. Walaupun kini ramai yang tertekan, jangan sesekali terjebak dengan barang terlarang seperti itu.

Sehingga kini belum ada nama dan sebarang kenyataan oleh mana-mana selebriti yang terlibat dengan kes ini.

Kita tunggu nanti kes naik ke mahkamah, mungkin barulah diketahui siapakah gerangan orangnya.