Video Alif Aziz tersebar lagi, ini jawapan Bella Astillah “Ketika tu hati dia buta”

4,914 views

Sekali lagi telah tersebar video di Twitter menunjukkan seorang lelaki seakan Aliff Aziz melakukan perbuatan yang kurang elok dipertontonkan dalam sebuah tandas.

Setelah viral, pihak wartawan bertanya sendiri kepada isteri Aliff Aziz iaitu Bella Astillah tentang hal berkenaan, apatah lagi diketahui, Aliff Aziz kini dah berubah, bukan lagi seperti dulu.

Bella Astillah akhirnya tampil memberi jawapannya.

Katanya, video yang telah viral itu dirakam semasa suaminya masih dalam kejahilan bab agama, belum berubah, video itu video lama.

Video tersebut merupakan video lama dilakukan di masa lalu, saya tak nak tahu dan saya dah tak mahu tengok pun zaman kejahilan dia. Waktu itu, mungkin hati dia telah buta.

Ketika ini, suami saya sedang cuba untuk jadi yang terbaik dan berubah ke arah kebaikan dengan perlahan-lahan. Namun begitu, ini seakan ada yang mahu menjatuhkan dia.

Mungkin kerana kurang senang dengan kebahagiaan dan perubahan yang dibuat oleh Aliff sekarang ini, entahlah wallahualam.

Itulah jawapan yang diberi oleh Bella Astilla melalui laporan dari portal hiburan Mstar tentang video yang sedang jadi bualan di Twitter. Sehingga kini, entry berkenaan dah pun ditonton lebih 20 ribu orang.

Bella berkata lagi, kali ini, dia dan keluarga memberi sokongan penuh kepdaa Aliff Aziz kerana mahu buat perubahan pada diri.

Sekarang ini, perkara yang lebih penting ialah saya dan family akan terus doa dan akan beri sokongan sebanyak mungkin kepada Aliff Aziz.

Kini Aliff Aziz juga telah pun duduk bersama Bella Astilla dan anak-anaknya sejak bulan Disember tahun 2020. Sebelum ini Aliff menetap di Singapura.

Bernikah pada tahun 2016, Bella Astillah dan Aliff Aziz mempunyai dua orang cahaya mata Ayden Adrian 3 tahun dan Ara Adreana setahun.