Emma Maembong selamat melahirkan baby sulung pada tarikh 8 November yang lepas. Ini merupakan permata hati Emma dan suaminya, Muhammad Shazli Azhar.
Setelah bergelar ibu bapa, Emma Maembong akui kini kehidupan bertambah bahagia. Namun pelakon ini ada berseloroh bahawa suamnya kini mahu seorang lagi anak dan lebih menumpukan pada anaknya sehinga kurang pedulikan diri Emma, berbanding sebelum ada cahaya mata.
“Dulu jika suami saya ni keluar rumah, dia akan selalu hubungi saya, tanya hal saya, itu dan ini terutama semasa saya tengah hamil.”
“Namun sejak kami dah ada anak ni, suami nampaknya dah tidak pedulikan saya lagi. Anak pula yang selalu dia tanyakan. Kalau bila tidur dengar anak merengek memang suamilah yang paling resah, memang lain macam.”
“Suami mudah jadi bimbang dan selalu tanya tentang keadaan anak. Dia juga ada beritahu nak tambah anak lagi. Insyaallah kalau ada rezeki, kami tak tolak pun untuk menambah anak. Apapun syukur sebab Allah kurniakan suami yang baik dan penyayang untuk saya.”
Dilahirkan dalam family yang besar, Emma akui dia langsung tak kekok untuk handle anak kecil. Ini dengan pengalamannya mempunyai 19 anak buah.
“Saya dah biasa layan karenah baby sebab saya selalu mengasuh anak buah. Oleh itu, saya memang tak kekok uruskan anak sulung saya ni. Mandikan anak dan jaga baby semua mudah saja. Saya tidak ada pun serabut.”
Emma Maembong dan suami turut buat pengumuman bahawa nama baby sulungnya itu ialah Shariq Arshan Gabriel. Memang sedap dan unik sekali.
Tentang perkembangan kerjayanya, Emma Maembong kini akan kembali aktif untuk kembali berlakon setelah berehat panjang.
Namun ada syaratnya untuk Emma Maembong menerima tawaran, kerana baby nya masih lagi kecil. Antaranya Emma meminta untuk berlakon sehingga paling lewat pun jam 10 malam sahaja, tak lebih dari waktu itu. Bagi Emma keutamaan masih lagi untuk baby dan juga family.