“Saya saman awak, saya dah koyak ni” Zara Zya

8,760 views

Pelakon Zara Zya ternyata kecewa dan telah meluahkannya di laman media sosial baru-baru ini.

Tak cukup dengan komen kurang enak apabila ada yang menuduhnya songlap duit dana bantuan, kini satu lagi isu melandanya.

Selebriti berumur 35 tahun ini mendedahkan ada pula akaun yang menyamar menjadi dirinya dan telah terlibat dalam satu skim penipuan.

Akaun berkenaan menggunakan nama “Zarazya iPhone giveaway fanpage” dan kononnya menjual barang dan gajet seperti handphone, playstation dan lain-lain.

Dari beberapa posting, akaun itu dilihat turut cuba memperdaya orang ramai dengan menawarkan pelbagai hadiah jika membeli barang dikedainya.

Zara Zya ternyata penat nak melayan isu ini dan akan ambil tindakan undang-undang.

Janganlah terpedaya. Saya nak saman awak. Tolonglah, sekarang nisaya dah koyak dan penat sangat.

Hari itu saya dah kena tuduh songlap dana bantuan, sekarang ni ada pula pihak yang ambil kesempatan dan guna nama saya untuk buat contest iPhone. Entah apa pula lepas ni.

Saya tak nak lah nanti jika ada yang terjebak dan tertipu, tiba-tiba akan salahkan saya, lagi buruklah nama saya ni.

Jelas Zara Zyra, jika orang yang buat kerja kotor itu terdesak perlukan duit, silah kibar bendera putih.

Jika benar-benar Kterkesan, kibar saja bendera putih. Ramai yang akan tolong. Tak perlu nak buat benda macam ni, susahkan orang saja.

Seratus peratus ini semua tipu saja. Tolonglah ye jangan terpedaya. Kalau dapat ni saya akan saman awak.

 Rata-rata followernya memberi sokongan yang padu kepada Zara Zya, dan ramai dilihat telah report akaun tersebut. Akhirnya tak lama selepas itu, dalam tempoh tak sampai 24 jam, akaun berkenaan telah deactivate dan hilang dari radar.