“Saya tahu saya kena tempiasnya” Mira Filzah jaga hati keluarga

4,114 views

Nama Mira Filzah melonjak naik ekoran isu yang melibatkan ibu mertuanya yang merupakan Ahli Parlimen Kuala Kangsar iaitu Datuk Mastura Yazid.

Datuk Mastura telibat dengan satu isu yang mana ada keluarga dalam kesukaran yang menjadi viral menerusi satu temubual di siaran radio tempatan pada minggu lalu yang mana telah dinafikan oleh pihak Mastura.

Ada video keluarga berkenaan yang diupload oleh Datuk Mastura menafikan dakwaan berkenaan namun akhirnya telah diturunkan setelah menerima banyak komen yang kurang elok dari orang ramai.

Dek kerana itu, akhirnya Mira Filzah pula kena tempiasnya. Apabila ditanya tentang isu ini, akhirnya Mira Filzah memberi sedikit komen.

Pemenang bintang paling popular pada tahun 2019 itu akui memang ramai netizen yang sedang beremosi terutama dengan keadaan sekarang ni yang mana kes semakin melonjak naik walhal sudah lama perintah kawalan pergerakkan diadakan. Mira juga akui dirinya turut terkena tempiasnya.

Saya benar-benar tahu bahawa saya juga terkena tempiasnya. Namun saya juga percaya mereka dan para peminat dapat nilai dengan lebih baik.

Isu ini sudah terjadi sejak beberapa hari yang lepas. Oleh itu, saya tak mahu mengulas apa-apa sebab nanti boleh keruhkan keadaan.

Semua pun tengah marah sekarang ni. Banyak sangat perkara sedang berlaku. Kalau ikutkan, kes pada hari ini dah pun 8000 lebih kes.

Oleh kerana itu itu saya tak nak nak cakap apa-apa dan tak mahu ulas. Semua ini juga untuk menjaga hati keluarga. Harap semua dapat faham. Saya mohon maaf sangat.

Setelah ibu mertuanya terpalit isu, ada netizen yang mula menyatakan Mira Filzah is canceled. Ini merujuk kepada nama Mira Filzah sendiri yang sebelum ini boleh dikatakan sweetheart rakyat Malaysia, artis yang langsung tidak ada sebarang isu. Kini ramai yang mula mempertikaikannya.