Watak Falah meninggal dunia, penonton naik angin, tak puas hati - News Tel

Watak Falah meninggal dunia, penonton naik angin, tak puas hati

1,102 views

Para penonton drama yang sedang trending iaitu Andai Tiada Dia meluahkan rasa kecewa, terkejut dan marah apabila watak Falah meninggal dunia. 

Watak Falah yang dilakonkan oleh Zahiril Adzim meninggal dunia kerana cancer dalam episod yang ditayangkan pada hari Rabu, episod kedua terakhir. 

Dalam episod ini juga Falah hanya bergantung kepada mesin hayat setelah disahkan mati otak dan akhirnya wataknya itu dimatikan. 

Ramai yang naik angin dengan jalan cerita itu, terutama para peminat setia, yang mahu melihat happy ending antara dua watak utama Suri lakonan Ummi Nazeera, dan juga Falah. 

Para penonton meluahkan rasa kurang puas hati melalui media sosial sejak malam tadi. 

PENONTON EMOSI 

Ini antara komen penonton Andai Tiada Dia. 

“Maaflah ye. Bukan hanya Suri je yang tak boleh nak terima, kami penonton semua pun tak boleh terima Falah pula meninggal.” 

“Tolong lah kembalikan Falah. Saya menangis macam saya pula yang jadi Suri ni. Saya tak reda.” 

Bukan takat kaum wanita saja, ada juga kaum lelaki yang benar-benar terkesan dan mengalirkan air mata menonton episod ini. 

Ini antara komen dari penonton lelaki. 

“Sampai keluar air mata jantan aku hari ini bila dengar ibu Falah cakap sebenarnya Falah dah tiada dan bergantung pada mesin. Sedih masa Suri ajar dia mengucap kalimah syahadah.” 

“Tadi menangis teruk saya, dah lama tak menangis. Mengapa Falah tu hanya persinggahan untuk bantu Suri dan Haikal je? Dia berhak bahagia. Dia pun manusia juga.” 

Ada juga yang berang, watak Intan masih lagi ada dalam drama berkenaan. 

Selain itu, ramai yang tak mahu Suri kembali kepada bekas suaminya iaitu Haikal lakonan Hisyam Hamid. 

“Falah pula yang meninggal, watak Intan tu nak mati ke ke. Mengarut dah cite ni.” 

“Sebab scene kubur tak ada, ada chance ni Falah masih survive sebenarnya.” 

“Tolong jangan kembali semula pada Haikal je.” 

KECAMAN KEPADA PENGARAH DRAMA 

Tak kurang juga komen yang menghencap pengarah yang dilabel syok sendiri. 

Ini antara komen kepada tuan Riza Baharuddin, iaitu pengarah Andai Tiada Dia 

“Director drama ni syok sendiri la ni.” 

“Falah cuma nak satu je iaitu dia nak azankan anak dia apabila lahir. Yang tu pun pengarah tak boleh nak bagi. Bengang betul director ni.” 

“Pengarah ni nak kena tali pinggang atau penyangkut baju ni.” 

“Watak jahat dah tak ada, sekarang pengarah pulak yang jadi jahat, stress aku.” 

“Pengarah ni nak watak Haikal je dia.” 

“Director ni tolong jangan buat cerita dah, kami dah boikot sebab matikan watak Falah.” 

“Patut letak judul drama ni Derita Suri, watak Suri asyik menderita je pengarah buat.” 

“Yang benci Suri ni Intan ke pengarah sebenarnya.” 

“Pengarah ni yang banyak berdendam dengan Suri ni.” 

Apapun drama Andai Tiada Dia memang power la sampai semua pun jadi emosi menontonnya. 

Andai Tiada Dia merupakan drama lakonan Ummi Nazeera, Hisyam Hamid, Mimi Lana, dan Zahiril Adzim yang mana kemudian watak Mimi Lana digantikan oleh Alicia Amin. 

Latest from Hiburan


Tok Ram ingat Ning Baizura yang akan terkeluar

1,609 views

Juri Gegar Vaganza, Tok Ram akui, sebenarnya, semasa Ning Baizura menyanyi, dia memang ingat penyanyi berkenaan yang akan tersingkir pada minggu ke empat. 

Ini kerana, markah Ning Baizura ketika itu amat rendah. 

Namun begitu, bila tiba giliran Inka Christie, pelbagai kesilapan yang dilakukan oleh penyanyi Indonesia berkenaan, menyebabkan Ning terselamat. 

Ini komen dari Tok Ram selepas tamat konsert minggu ke empat. 

“Ketika Ning menyanyi, memang markah dia paling rendah, saya ingat dia yang akan terkeluar.” 

“Selepas giliran Inka buat persembahan, markah Inka pula yang paling rendah. Lagi teruk dari Ning, lagi banyak masalah.” 

Inka satu-satunya peserta yang mendapat markah kurang dari 60 peratus pada malam itu. 

Lihat senarai markah para peserta untuk minggu ke empat DI SINI

Kata Tok Ram lagi, lagu Sinaran nyanyian Inka itu memang tak sesuai untuknya. 

“Inka tak boleh bawa lagu tu, ia tak fit untuk dia.” 

“Jika berdasarkan atas kerta, rule music technical, apabila dia menyanyi lagu pop pun tak stabil, inikan pula lagu jazz.” 

“Bila dia nyanyi lagu jazz tu, ibarat macam keluar rumah tak balik-balik.” 

“Kalau dia balik pun, kena ikut jalan yang jauh, atau dah sesat.” 

Tambah Tok Ram, lagu Dato Sheila Majid bergenre jazz memang sukar dinyanyikan oleh penyanyi lain. 

“Muzik tersebut, mempunyai hieraki yang tinggi. Ia hanya untuk pendengar eksklusif.” 

“Lagu Sheila Majid memang susah nak nyanyi.” 

Itulah penjelasan dari Tok Ram tentang punca Inka tersingkir apda malam itu. 

Selain lagu Sheila Majid, Tok Ram juga pernah berkata, lagu Dato M Nasir juga patut dielakkan kerana ianya sukar untuk dibawa oleh penyanyi lain. 

Untuk info, Inka merupakan peserta kedua yang tersingkir selepas Ni Dinamik menjadi peserta pertama tersingkir pada minggu ketiga. 

Go to Top