Semua pun dah tahu pertelingkahan yang berlaku antara Siti Nordiana dan beberapa rakan termasuk dua artis terkenal iaitu Lan Solo dan juga Syura.
Siti Nordiana kini telah meneruskan saman setelah tiada permohonan maaf dibuat oleh 5 individu yang didakwa telah menabur kata-kata kurang elok kepadanya.
Lima individu iatu ialah penyanyi Syura, Lan Solo, isteri Lan bernama Shiela,staff FMC bernama Sam Samin dan juru makeup bernama Aida.
Menerusi laporan portal Mstar, rupanya Siti Nordiana telah meminta untuk mereka membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam dan juga bayaran sebanyak RM200 ribu setiap seorang.
Ini laporan dari Mstar tentang kenyataan dari Sam Samin
“Kami berlima semunya telah terima surat tuntutan dari pihak Siti Nordiana yang meminta agar membuat kenyataan terbuka memohon maaf dalam tempoh 24 jam. Ianya juga datang dengan beberapa syarat lain selain bayaran RM200ribu setiap seorang.”
Notis tersebut adalah pada 26 Julai dan memang menyebut perasaan terkejut dan dukacita Siti Nordiana dengan kesemua lima individu berkenaan yang telah buat kenyataan sedemikian.
Komen mereka itu telah beri kesan negatif termasuk pihak penaja produk Siti Nordiana sekaligus membuatkan reputasinya terkesan.
Sam Samin memberitahu, mereka telah setuju untuk lantik peguam popular Alan Razak untuk mewakili mereka.
“Kami telah pun serah surat tuntuntan tersebut kepada peguam kami iaitu Alan Razak untuk buat penelitian dengan lebih lanjut dan teliti. Setakat ini saja kenyataan yang boleh kami berikan. Terima kasih.”
Pihak Siti Nordiana kini akan meneruskan tindakan undang-undang saman dibuat ke atas kelima-lima individu tersebut yang tak buat permohonan maaf.
Dikhabarkan Siti Nordiana akan memfailkan tuntutan saman terhadap mereka berlima selewat-lewatnya pada tarikh 2 Ogos ini.