Ini identiti pelakon sertai perhimpunan bendera hitam semalam?

4,120 views

Semalam, pada pagi hari Sabtu, satu perhimpuan telah diadakan di Dataran Merdeka. Perhimpunan bertemakan bendera hitam, keluar dan lawan itu dibuat kerana demi solidarity untuk rakyat katanya.

Dianggarkan seramai 400 peserta yang hadir ke perhimpunan tersebut yang rata-rata memakai bagu hitam. Mereka semua cuba berarak ke Dataran Merdeka sekitar jam 11 pagi sehingga 12 tengah hari.

Namun pihak polis telah datang dan meminta mereka semua bersurai. Walaupun kesemua mereka memakai pelitup muka face mask, namun apa yang merisaukan ialah dilihat ada di antara mereka yang tiada penjarakkan sosial.

Kali ini ada satu lagi berita dari netizen yang mengatakan ada pelakon juga sertai perhimpunan berkenaan.

Menerusi laporan portal Gempak dot com, dikatakan pelakon yang dimaksudkan ialah pelakon dari Suri Hati Mr Pilot iaitu Fahad Iman.

Menjenguk ke laman Instagram pelakon ini, memang nampak Fahad ada muatnaik gambar memakai baju hitam dengan tulisan kerajaan gagal.

Fahad dilihat posing di sekitar Dataran Merdeka berlatar belakangkan anggoita polis yang telah membuat roadblock.

Diruang caption Fahad Iman ada menulis ini: “Untuk masa depan, lawan.

Kemudian jika dilihat di bahagian komen, ramai peminatnya yang meyokong keberanian Fahad Iman yang berani bersuara.

Untuk pengetahuan, pelakon berumur 28 tahun ini pernah berlakon dalam beberapa drama seperti Alamatnya Cinta, Aku Cinta Dia dan paling popular Suri Hati Mr Pilot bersama Neelofa dan Fattah Amin.

Perhimpunan semalam turut mendapat respon dari pelakon Edika Yusof yang berkata sepatutnya kena hormat mereka berhimpun kerana mereka rakyat dan amat berani.

Namun ramai yang tak setuju dengan komen Edika Yusof itu dan tak setuju perhimpunan ini diadakan kerana kes kini sedang menaik dengan banyak sekali.

Pihak polis sedang menyiasat perhimpunan ini dan pihak pengajur akan dipanggil.