Linda Rafar telah terima mesej yang agak keterlaluan melalui DM dari seorang yang tak dikenalinya. Pennyanyi dari kumpulan Elite itu akhirnya telah membuat satu tindakan balas dengan buat report polis terhadap individu berkenaan.
Melalui dua entry yang berbeza di laman Instagram, Linda Rafar ada tunjuk komen individu berkenaan yang sememangnya agak biadap.
Ini caption yang ditulis oleh Linda Rafar tentang hal ini. “Allahuakbar, undang-undang negara tetap ada. Janganlah ingat dengan cara buat cerita tak benar secara terang-terangan di laman media Twitter, Facebook, Instagram anda boleh terlepas ye. Even guna akaun palsu atau dah edit gambar, janganlah fikir korang boleh terlepas, ini baru hukuman dunia, tunggu dan lihat.”
Kisah Linda Rafar ini bermula setelah dia muatnaik satu video menyokong Perdana Menteri Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Di video itu, Linda mengingatkan Perdana menteri banyak berjasa pada negara terutama ketika nak menangani wabak yang sedang melanda dunia. Secara tiba-tiba Linda menerima komen yang kurang elok setelah upload video berkenaan.
Para follower Linda Rafar merasakan yang menulis mesej itu seorang yang tak matang dan hanya menulis ikut hati serta perasaan saja. Mungkin juga individu berkenaan tidak menyokong pimpinan Muhyddin Yassin.
“Mungkin budak lagi tu” Tulis rakannya yang juga anggota Elite, iaitu Azza. Komen Azza ini turut disetujui oleh netizen. Namun rata-rata juga setuju tindakan yang diambil oleh Linda Rafar untuk ajar orang sebegini.
“Jangan main-main dengan undang-undang negara kita ni. Pada semua netizen yang dah tulisi benda tak elok dan tak betul tentang Linda Rafar dan juga Perdana menteri, walaupun anda dah cuba delte atau block saya, pihak peguam saya dah ambil gambar, screenshot, jadi jangan ingat boleh lari.”
Itulah kenyataan dari Linda Rafar.