Ekoran ada laporan mengatakan pelawak berumur lingkungan 40an ditahan pihak berkuasa kerana kes di Negeri Sembilan, nama Tauke Raja Lawak telah banyak yang petik.
Jika dilihat di ruangan komen media yang melaporkan isu ini, banyak yang bertanya, adakah Tauke yang pernah menjadi naib juara Maharaja lawak Mega bersama kumpulan Jambu, adalah orangnya.
Akhirnya tuan punya badan tampil memberi satu kenyataan tentang spekulasi yang sedang berlaku. Tauk atau nama sebenarnya Zamratul Amri Zakaria menafikan hal ini.
“Saya langsung tak terlibat dengan kegiatan macam itu. Gilalah siapa yang dah petik nama saya itu.”
Jelas Tauke, dia kini sihat saja di rumahnya yang terletak di Kuala Lumpur dan tak risau kerana tak terbabit.
“Saya ada saja ni di rumah kat Bukit Jalil. Saya sekarang dalam keadaan yang baik-baik saja dan tiada apa yang nak saya risau.”
“Tak apa, biarlah orang nak cakap, tetapi tak baiklah tiba-tiba nak kaitkan saya dengan isu seperti ini.”
Menjadi trending kerana hal demikian, Tauke tak ada rasa naik angin tetapi rasa lucu pula nama dia yang dah naik.
“Rasa kelakar pulak sebabnya tiba-tiba nama saya dikaitkan dalam hal ini. Saya ni tak ada hak nak tutup mulut semua orang. Semua ada hak untuk bersuara. Sekarang ni kalau Agong pun ada orangyang boleh pertikaikan, apatah lagi diri saya ini.”
“Jangan risau saya okey je sekarang bersama isteri saya ini.” Itulah komen dari Tauke Jambu yang dikaitkan dengan hal ini.”
Isteri kepada Tauke iaitu Nadia turut menafikan suaminya ada terlibat dengan isu yang sedang menjadibuah mulut orang ramai itu.
Nadia berkata memang suaminya Tauke sentiasa ada di sisinya ketika ini.