“Itu bukan saya” Shahrol Shiro nafi terbabit, siap beri bukti

1,888 views

Setelah ada laporan tentang pelawak yang terbabit satu kes besar di Negeri Sembilan, ramai yang masih berteka teki. Siapakah pelawak yang dimaksudkan itu. Masih ramai yang tak tahu.

Dengan adanya beberapa hint iaitu seorang lelaki, pelawak terkenal, berumur 40an, dan bukan berasal dari Negeri Sembilan (sebab suspek berkenaan turut kena denda kerana rentas negeri tanpa kebenaran).

Dalam pada itu, ada portal melaporkan satu lagi hint paling besar iaitu pelawak berkenaan merupakan pemenang tempat kedua maharaja lawak mega. Ini sekaligus telah mengecilkan lagi nama suspek.

Antara yang paling banyak disebut ialah Tauke Raja Lawak yang pernah mendapat tempat kedua bersama kumpulan Jambu.

Namun semalam Tauke dan isterinya Nadia telah buat kenyataan menafikan hal berkenaan malah isterinya mengatakan suaminya sentiasa ada di rumah disisinya.

In sekaligus membuatkan netizen bingung dan terus berteka teki. Kemudian ada pula yang mula buat tuduhan melulu kepada seorang lagi bekas naib juara iaitu Shahrol dari kumpulan Shiro.

Melalui satu komen di laman IG seorang netizen ada menulis ini: “Shahrol Shiro, ni ko kan.

Melihat namanya naik kena petik, akhirnya Shahrol Shiro turut buat kenyataan dan mengatakan itu bukan dirinya. Malah Shahrol berkata umurnya masih lagi belum sampai 40 tahun.

Ada beberapa orang sahabat telah bertanya adakah orang yang terlibat itu adalah diri saya dan kemudian saya telah menjelaskan bahawa Itu bukanlah saya. Terima kasihlah sebab ada yang bertanya terlebih dulu. Buktinya saya ni masih berumur di bawah 40an. Masih mudakan.

Memang benar, Shahrol lahir pada tahun 1984, dan kini baru berumur 37 tahun. ianya bukti yang amat kukuh. Selain itu dapat dilihat Shahrol aktif di laman media sosial buat sesi live pada minggu ini.

Shahrol akui memang ada yang terus menuduhnya dan mengatakan dia dah pun maafkan semua yang cakap seperti itu.

Kepada yang ada komen dan terus tuduh saya, saya tak nak kalian merangkak kat padang mahsyar nanti untuk cari saya. Saya dah pun memaafkan kalian semua. Sekian terima kasih sebab ambil berat tentang saya.

Itulah kenyataan dari Shahrol Shiro setelah laporan berkenaan pelawak yang masih menjadi tanda tanya itu.