Sebelum ini ramai yang datang membantu pemain drum kumpulan Caliph Busker iaitu Fendy. Malah rumah yang dijanjikan juga tak nampak bayangnya.
“Drum elektrik yang telah dijanjikan saya dah pun terima, namun rumah mampu milik dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang saya harapkan tak tahu lagi statusnya.” Itulah kata-kata dari Fendy.
Fendy kini sedang berdepan dengan masalah kewangan kerana tidak dapat membuat persembahan ekoran perintah kawalan pergerakkan.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, iaitu Datuk Seri Rina Mohd Harun yang ada datang melawat di rumahnya pada 10 Julai lepas ada cakap bahawa pihaknya akan pastikan permohonan untuk rumah DBKL akan diuruskan dengan segera.
“Namun kini dah nak sebulan tetapi saya belum lagi terima sebarang perkembangan tentang status permohonan yang sudah dibuat. Saya sudah isi semua borang dengan maklumat lengkap diperlukan pihak DBKL. Namun, surat akuan sumpah mengatakan saya kerja sendiri tak dapat disertakan sebab tak ada pula pejabat pesuruhjaya sumpah dibuka.”
“Pihak DBKL pun saya dah contact tetapi tak tahu nak rujuk kat siapa dan akhirnya tak ada jawapan saya dapat. Saya nak pergi ke pejabat DBKL pun tak sure kerana PKP ni saya tak tahu pegawai-pegawai DBKL kerja di pejabat atau dari rumah.”
Berkenaan bantuan bulanan yang telah dipohon termasuk Elaun Pekerja Cacat (EPC) dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan juga Baitumal, Fendy memberitahui bantuan berkenaan masih belum ada update terkini.
“Sekarang ini, saya hanya berharap untuk dapat duduk di rumah mampu milik itu saja. Sebabnya, sewa setipa bulan tak tinggi dan kalau ada lebihan pendapatan bolehlah saya buat simpanan.”
“Barulah saya dapat jimat banyak untuk diri sendiri dan juga untuk anak. Dengan adanya pandemic ni saya kena jimat cermat.”
“Saya ni ada cacat penglihatan, oleh itu kalau boleh saya nak duduk di kawasan yang dekat dengan LRT untuk mudah bergerak. Kawasan PPR pun lengkap dengan kedai dan ada kemudahan komuniti sesuai untuk orang kurang upaya macam saya.”