Semalam petang, Shuib ada buat sesi live bersama rakannya Abu Talib dan seorang ustaz bernama Yaakub Yusra.
Menerusi live tersebut, banyak perkara yang diceritaka oleh Shuib terutama tentang kisah bagaimana rasanya setelah kehilangan orang tersayang yang amat dekat dengan diri kita.
Menyentuh tentang perasaan, Shuib akui walaupun sudah 17 hari arwah Siti Sarah pergi, dia masih lagi terasa kehilangannya.
Shuib akui dia juga tidak keluar dari rumah sejak pemergian arwah isterinya sehinggalah sekarang, hanya keluar sekali saja ketika mahu mengambil suntikan vaksin dos kedua baru-baru ini.
Dalam masa 17 hari ini, Shuib akui anaknya terutama anak ketiga, Matin yang berumur 6 tahun seringkali tanya di mana ibunya.
“Matin ni dia baru umur 6 tahun, kadangkala bila dia teringat, dia akan tanya. Anak kedua, satu-satunya anak perempuan say apula dia akan tunjuk sedih dia. Sebelum tidur dia akan tanya ibu, kenapa ibu pergi sedangkan ibu dah janji nak berjalan sama-sama, tidur dalam bilik yang sama, nakshare baju, pakai beg sama-sama.”
“Anak-anak tanya kenapa ibu pergi tinggalkan mereka, soalan budak-budak tapi nak atau tak, kita kena jawab, dan kalau tak dapat jawab, saya bagi air mata saja.”
“Yang sulung iaitu Uwais, dia dah besar, dan dia pun dah faham, dia yang selalu tenangkan adik-adiknya.”
Bercerita tentang perubahan yang berlaku di rumah setelah 17 hari Siti Sarah dah tiada, Shuib juga berkata semuanya berubah 360 darjah. Antara contohnya ialah anak-anak kini setiap malan tidur dengannya.
“Sekarang setiap malam, semua anak-anak tidur dengan saya. Tiga-tiga sekali. Nak suruh tidur sendiri, pisahkan, rasa kesian pula, tak sampai hati.”
Selain itu, rumahnya kini juga sudah seringkali ada majlis ilmu serta solat beramai-ramai.
“Di rumah juga banyak perubahan, sekarang solat Jemaah ramai-ramai, ayah mertua, adik ipar semua, solat Jemaah. Gilir-gilir jadi imam. Kemudian kami akan buat bacaan Yassin dan sedikit majlis ilmu. Ada anak-anak yang belajar Iqra, baca Quran, belajar mengaji dan sebagainya. Sebenarnya rumah ayah mertua dan adik ipar dekat sangat. Kalau Sarah ada mesti dia suka, dia memang suka kumpul ramai-ramai family.”
Shuib nafi dia seorang yang kuat, dan apabila ustaz Yaakub Yusra, menangis di waktu malam, Shuib juga berkat ya betul.
“Orang kata macam mana Shuib ni kuat, nak cakap saya ni kuat, pembohong juga, kita ni manusia, kalau menangis, menangis jugalah.“
Shuib juga bercadang untuk hantar anak-anak ke sekolah Tahfiz dan belajar agama dengan lebih baik. Ustaz Yaakub Yusra juga menawarkan untuk mengajar Shuib dan anak-anak untuk belajar Quran secara percuma.