“Ya benar saya dah bertudung” Oktovia Manrose sah sudah berhijrah

3,176 views

Pelakon Oktovia Manrose kini akhirnya mengesahkan dirinya kini sudah berhijab, memakai tudung sepenuhnya untuk menutup aurat.

Penghijrahan oleh Oktovia ini dibuat bermula sejak bulan Syawal ketika sambutan Aidilfitri yang lepas. Oktovia memilih untuk tidak bercerita tentang kisah penghijrahannya itu.

Melalui laporan portal Berita Harian, ini komen dari kakak kepada Aprena Manrose ini.

Ya memang betul, saya mengesahkan kini sudah pun bertudung. Cukuplah sedikit komen ringkas. Yang selebihnya, saya mengharapkan akan terus istiqamah dalam perjalanan baru saya ini.

Sebenarnya, saya ni segan dan tak mahu terlalu terbuka untuk menceritakan soal penghijrahan saya ini. Saya lakukannya demi Allah yang maha esa.

Menyentuh tentang dunia lakonan, Oktovia Manrose berkata dia syukru sebab sudah selesaikan semua kerjanya dalam bidang seni sebelum berhijrah.

Semua tugasan lakonan saya sudah pun selesai. Oleh itu, saya tak ada berhutang sebarang kerja lakonan lagi. Kalau ada rezeki berlakon, saya terpaksa tangguhkan keinginan ini dulu. Apapun, saya percaya rezeki Allah itu amat luas, semua dengan keizinannya.

Jika ada rezeki dalam bidang lakonan, saya akan mempertimbang watak bersesuaian dengan imej saya selepas penghijrahan.

Pelakon berumur 29 tahun ini memberitahu dia mahu jadi Oktovia yang baru, berbeza dan lebih baik dari yang dulu.

Buat masa sekarang saya saya nak fokus beribadah dan mahu cari keredaan Allah. Saya nak fokus sepenuhnya memperbetulkan diri saya ini. Soal kehidupan dunia akan datang nanti.

Itulah kenyataan dari Oktovia Manrose atau nama sebenarnya Wan Syamira Putri Oktovia Binti Wan Syahman kepada wartawan Jaydeesm dari Berita Harian.

Sebelum ini jika dilihat di laman Instagram terutama Instastory terbaru, Oktovia dan juga adiknya yang juga pelakon iaitu Aprena Manrose, seringkali tampil berhijab.

Aprena Manrose sebelum ini turut mengatakan dia sedang belajar untuk mengenakan hijab, namun tak mahu cerita lebih lanjut tentang hal berkenaan dan meminta semua mendoakannya saja.

Syukur alhamdulillah, satu pernghijrahan yang baik buat adik-beradik Oktovia Manrose dan juga Aprena Manrose, semoga kalian berdua akan terus istiqomah, amin.